KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang telah berkhidmat selama 33 tahun, dijangka melepaskan jawatannya dan bersara daripada politik tidak lama lagi, demikian menurut laporan sebuah akhbar harian di Malaysia.
Beliau, yang baru pulang daripada menunaikan umrah pada minggu lalu, dijangka membuat pengumuman itu dalam satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinnya lusa, kata laporan Berita Harian Malaysia (BHM), hari ini.
Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar itu, mesyuarat khas itu akan disusuli dengan satu lagi mesyuarat bersama semua Ahli Parlimen (AP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Ahad ini.
Namun, belum lagi dapat dipastikan sama ada Tan Abdul Taib, 78 tahun, akan terus membuat pengumuman beliau itu selepas dua mesyuarat khas tersebut, atau menunggu satu tarikh yang lebih sesuai sebelum akhir bulan ini, lapor akhbar tersebut.
“Dua pertemuan ini memang mesyuarat luar biasa dan sudah pasti sesuatu yang besar akan berlaku,” kata sumber itu kepada BHM.
Tan Sri Abdul Taib sendiri pernah menyatakan hasrat beliau untuk berundur pada pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, dan menyifatkan pilihan raya itu sebagai yang terakhir baginya.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
28
0
Ketua menteri Sarawak bersara bulan ini
Feb 05, 2014 | 02:49 PM