Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khutbah dalam bahasa Melayu di Makkah, Madinah dan Arafah

Mar 31, 2018 | 05:30 AM



MAKKAH: Jemaah haji Melayu dari rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei berpeluang mendengar khutbah Jumaat di Masjidil Haram, Makkah; dan Masjid Nabawi di Madinah dalam bahasa Melayu dalam musim haji.



Perkembangan itu didedahkan ekoran lawatan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia minggu ini.



Menurut laporan media Malaysia, Arab Saudi akan menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa asing bagi terjemahan secara langsung ketika khutbah Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.



Satu laporan Berita Harian Malaysia (BHM) memetik Sheikh Abdul Rahman sebagai berkata bahawa khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu juga akan diadakan di Padang Arafah ketika musim haji.



Bercakap kepada kumpulan pengarang media dari Malaysia, beliau berkata langkah itu menunjukkan betapa pentingnya ikatan bersama Malaysia bagi kerajaan Arab Saudi.



"Berita baik buat rakyat Malaysia iaitu Penjaga Dua Kota Suci bersetuju melaksanakan projek terjemahan secara langsung khutbah Jumaat di Makkah, Madinah dan Arafah (ketika musim haji) dalam bahasa Melayu.



"Bahasa Melayu adalah satu daripada 10 bahasa yang disenaraikan dalam projek ini.



"Projek ini penting bagi masyarakat Asia Tenggara. Ia akan memanfaatkan mereka dan ini juga besar maknanya terhadap Malaysia dan jemaah dari Malaysia.



"Penyenaraian bahasa Melayu (bagi projek khutbah Jumaat secara langsung) akan meningkatkan kefahaman mereka," kata Sheikh Abdul Rahman.



Terjemahan dalam bahasa Melayu itu menyusul selepas perkhidmatan terjemahan dalam bahasa Urdu dan bahasa Inggeris diperkenalkan.



Di Makkah, orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan terjemahan khutbah dalam bahasa Melayu yang disediakan berhampiran Pintu Raja Fahd yang dikhususkan buat jemaah bukan berbahasa Arab.



Bagi kemudahan jemaah berbahasa Melayu, alat bantu dengar dan peralatan audio kecil akan disediakan.



Kemudahan itu disambung ke frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah berbahasa Arab yang disampaikan khatib Masjidil Haram.



Sheikh Abdul Rahman, yang juga Presiden Agung Hal Ehwal Dua Kota Suci, menambah bahawa kerja pembesaran Masjidil Haram kini berada di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Ramadan ini.



Masjid yang diperluaskan itu kelak boleh menampung sehingga 1.6 juta jemaah pada satu masa.



Sheikh Abdul Rahman turut menyentuh soal 'pengantarabangsaan' kedua-dua kota suci Makkah dan Madinah dan memberi jaminan bahawa Arab Saudi berupaya menguruskannya, seiring kepentingan seluruh umat Islam.



Kerajaan Arab Saudi dan pemimpin Islam lain, kata laporan BHM itu, turut menyatakan tentangan terhadap cubaan mempolitikkan ibadat haji serta mengantarabangsakan kededua kota itu.



Difahamkan bahawa Qatar telah mengulangi desakan Iran untuk memindahkan pusat pentadbiran dua Kota Suci umat Islam itu kepada badan Islam - permintaan yang dilihat lebih menjurus kepada pandangan pengikut dan bukannya konsensus Islam sejati.



Sheikh Abdul Rahman berkata, Arab Saudi dan Malaysia menampilkan kesederhanaan dalam Islam dan kededua negara itu menjadi contoh kepada dunia.



Tegasnya, Islam tidak mempunyai kaitan dengan ekstremisme dan keganasan.



"Kededua negara senada dalam menentang keganasan dan menolak ekstremisme," katanya.



Imam Besar Masjidil Haram itu turut menyentuh perihal berita palsu.



Beliau berkata Al-Quran dan hadis jelas menyatakan segala berita mesti disahkan kesahihannya.



Penyebaran berita palsu, terutama menerusi media sosial, mungkin didalangi "musuh" yang ingin memecah-belahkan umat Islam, ujar beliau.




"... Penjaga Dua Kota Suci bersetuju melaksanakan projek terjemahan secara langsung khutbah Jumaat di Makkah, Madinah dan Arafah (ketika musim haji) dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah satu daripada 10 bahasa yang disenaraikan dalam projek ini.

Projek ini penting bagi masyarakat Asia Tenggara. Ia akan memanfaatkan mereka... Penyenaraian bahasa Melayu (bagi projek khutbah Jumaat secara langsung) akan meningkatkan kefahaman mereka."

- Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As- Sudais.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >