Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kimly, TenderFresh kerjasama buka kedai halal di Clementi

Nov 05, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT pengendali kedai kopi, Kimly, telah berusaha sama dengan syarikat TenderFresh Fried & BBQ Chicken untuk membuka sebuah kedai makan halal di Clementi.



Ia merupakan kali pertama Kimly, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan kedua Catalist di Bursa Singapura (SGX), menembusi industri halal di Singapura.



Anak syarikat Kimly telah membeli sebuah kedai kopi yang terletak di Blok 380 Clementi Avenue 5, yang akan diubah jenamanya sebagai 'Kedai Kopi'.



Di bawah usaha sama itu, Kimly akan memiliki perkongsian sebanyak 51 peratus dalam Kedai Kopi, manakala Tenderfresh memiliki perkongsian 49 peratus, menurut kenyataan Kimly kepada Catalist.



Kedai kopi itu akan menjalani kerja-kerja peningkatan dan dijangka dibuka pertengahan Disember ini.



"Industri makanan halal sedang berkembang dengan pesat di Singapura yang boleh dilihat dengan peningkatan sijil halal di mana premis dan produk yang halal pada 2018 telah berganda sejak sedekad lalu.



"Ini adalah masa terbaik bagi kumpulan ini menembusi pasaran halal yang trendnya sedang meningkat dan peluang bagi kami mengambil peluang dalam pasaran halal.



"Sekitar 14 peratus penduduk di sini adalah Muslim atau sekitar 789,000 dalam masyarakat," ujar kenyataan itu.



Tenderfresh merupakan sebuah syarikat pengendali makanan dan minuman (F&B) halal yang mempunyai 18 jenama dan 64 cawangan, termasuk makanan barat dan Asia. Ia memiliki kios makanan, kedai makan dan kemudahan perkilangan di Singapura dan Myanmar.



Kimly akan menggunakan kekuatan Tenderfresh dalam pasaran halal di Singapura bagi meluaskan pangkalan pelanggan dan tawaran produknya.



Keuntungan bersih Kimly meningkat 5.3 peratus mencapai $10.5 juta bagi enam bulan pertama berakhir 31 Mac lalu.



Pendapatannya juga meningkat sebanyak 3.1 peratus mencapai $107.4 juta disebabkan sumbangan lebih banyak kedai kopi dan gerai.



Kimly mempunyai wang tunai yang banyak sebanyak $69.3 juta, iaitu sekitar 23 peratus dari permodalan pasarannya.



"Kumpulan ini akan dapat memanfaatkan pengguna yang lebih suka pilihan makanan yang murah (ekonomi) di kedai kopi dan penghantaran makanan dalam talian," kata Kimly.



Di sebalik Covid-19, syarikat itu dijangka akan terus menikmati keuntungan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >