Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: RENTAK MILENIAL

Klik... dengan tugas rakam aksi di padang

Sandang jawatan selaku pakar berbilang media sukan di Akademi Bolasepak Lion City Sailors (LCS)
Nov 14, 2021 | 05:30 AM



LAZIMNYA orang turun padang bola sepak untuk bersukan, namun lain pula tugasnya Cik Nadzirah Eunos.



Dengan berbekalkan kamera dan semangat yang berkobar, Cik Nadzirah, 28 tahun akan mencari 'angle' atau sudut gambar terbaik untuk merakam aksi-aksi 'anak buahnya' di padang tanpa mengira panas atau hujan.



Ini kerana sebagai pakar berbilang media sukan di Akademi Bolasepak Lion City Sailors (LCS), antara tanggungjawab Cik Nadzirah adalah untuk menghasilkan dan menguruskan laman web serta kandungan media seperti gambar dan video bagi media sosial akademi itu.



Difahamkan jawatan sepenuh masa sebagai pakar berbilang media sukan adalah sesuatu yang agak baru dalam industri sukan.



Akademi Bolasepak LCS ditubuhkan di bawah Kelab Bola Sepak Lion City Sailors (LCSFC), yang telah melancarkan program biasiswa bernilai $1 juta dalam memupuk pemain bola sepak muda yang berbakat.



Menceritakan pengalamannya dalam satu temu ramah menerusi Zoom, Cik Nadzirah yang kini dalam lawatan latihan ke Eropah bersama pasukan belia akademi itu, berkata beliau tidak pernah menyangka bola sepak - sukan yang memang diminati sejak di bangku sekolah - akan membuka pintu rezeki baru untuknya.



"Sebelum ini, selama lebih enam tahun, saya telah bertugas dalam bidang khidmat pelanggan di sebuah agensi pemerintah.



"Sepanjang tempoh itu, saya telah berpeluang untuk melakukan kerja-kerja berkaitan media dan mendapati ia memang sesuatu yang saya minat dan sedar ia adalah bidang kerjaya yang saya ingin benar-benar ceburi," ujar beliau yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang media dengan psikologi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Lantaran itu, apabila Cik Nadzirah - yang masih giat bermain bola sepak dengan pasukan wanita di universitinya - menerima tawaran kerja daripada seorang jurulatih bola sepak bagi jawatan sebagai pakar berbilang media sukan di akademi LCS , beliau tidak melepaskan peluang tersebut.



"Saya memang minat bola sepak sejak bermain untuk pasukan sekolah pada 17 tahun dan terus aktif hingga ke hari ini.



"Tetapi tidak sangka pula, sukan ini membawa rezeki untuk saya," terang peminat kelab bolasepak Arsenal itu.



Menurut anak bongsu lima beradik itu, minatnya dalam bidang media sebenarnya sudah lama terpahat kerana sering terdedah kepada tugasan ayahnya dalam bidang penerbitan.



"Sejak di sekolah menengah lagi, saya sudah melihat ayah saya yang mengendalikan perniagaannya sendiri, menggunakan sofwe suntingan media dan saya begitu kagum sekali melihat hasil kerjanya!"



Berkongsi lebih lanjut tentang skop pekerjaannya, Cik Nadzirah menganggap ia peranan penting kerana beliau bertanggungjawab dalam memasarkan dan menimbulkan kesedaran tentang akademi itu.



"Peranan saya mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mempamerkan dan mengetengahkan kekuatan dan objektif akademi kami.



"Apa sahaja kandungan media dihasilkan harus mempunyai makna sebab pada zaman sekarang, semua orang akan melihat anda dan gambar-gambar anda di media sosial seperti Instagram.



"Jadi penting untuk saya gunakan peranan ini dengan tujuan yang bermakna," jelas beliau.



Sebagai wanita yang memegang jawatan dalam industri yang dikuasai kaum Adam, Cik Nadzirah berpegang pada prinsip yang tidak kenal erti menyerah kalah selain gigih bekerja keras.



"Ternyata saya pernah berdepan dengan kata-kata sinis bila ada jurugambar sukan lain yang lazimnya lelaki, melihat saya seorang perempuan di padang dan mengambil gambar.



"Pernah sekali ia berlaku dan saya bertanya diri jika saya membuat keputusan yang betul menceburi bidang ini.



"Tetapi saya menepis perasaan itu dan tidak membiarkan kata-kata orang menjejas diri saya.



"Saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada mereka yang menilai saya berdasarkan jantina saya sahaja," tekannya.



Dalam hal ini, ibu bapa menjadi pembakar semangat Cik Nadzirah.



"Ayah saya akan selalu memberi galakan dan menasihatkan saya agar tidak mengendahkan kata-kata orang dan lebih penting, saya tahu menjaga diri dan memastikan kemajuan diri," tambahnya.



Nasihat beliau kepada kaum Hawa yang ingin melibatkan diri dalam industri yang dikuasai kaum Adam, Cik Nadzirah berkata:



"Ramai akan membuat anda mempersoalkan kebolehan anda atas dasar tidak munasabah seperti jantina. Namun pada akhirnya, anda harus perjuangkan minat anda.



"Bukan mudah untuk keluar dari zon keselesaan tetapi yakin pada diri anda."




"Ternyata saya pernah berdepan dengan kata-kata sinis bila ada jurugambar sukan lain yang lazimnya lelaki, melihat saya seorang perempuan di padang dan mengambil gambar.

Pernah sekali ia berlaku dan saya bertanya diri jika saya membuat keputusan yang betul menceburi bidang ini.

Tetapi saya menepis perasaan itu dan tidak membiarkan kata-kata orang menjejas diri saya. Saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada mereka yang menilai saya berdasarkan jantina saya sahaja."

- Cik Nadzirah Eunos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >