Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kod pentadbiran badan amal, institusi bertaraf awam diumum

Apr 06, 2017 | 02:18 PM



MAJLIS Badan Amal hari ini mengumumkan semakan yang telah dibuat ke atas kod pentadbiran bagi pertubuhan amal dan institusi bertaraf awam (IPC), yang akan berkuatkuasa Januari depan.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata, di bawah kod baru, pertubuhan amal yang mengekalkan mana-mana ahli lembaga melebihi 10 tahun perlu mengemukakan alasan berbuat demikian.



"Niat mengadakan garis panduan ini adalah untuk menggalak badan-badan amal untuk mengadakan perancangan pembaharuan kepimpinan di peringkat lembaga," kata MCCY.



Beberapa perubahan lain dalam kod itu termasuklah:



- memadankan definisi saiz pertubuhan amal menurut jumlah kasar pendapatan tahunan yang diraih atau perbelanjaan penuh, mengikut jumlah mana yang lebih tinggi, menurut dua tahun kewangan sebelumnya.



- Meniadakan pilihan "tidak perlu" (not applicable) dalam Daftar Periksa Penilaian Pentadbiran (GEC) yang digunakan oleh badan amal dan IPC untuk menilai sendiri pematuhan mereka terhadap kod berkenaan



- Pertubuhan amal bersaiz kecil yang meraih jumlah kasar pendapatan tahunan atau mencatat jumlah perbelanjaan kurang dari $50,000 tidak lagi perlu mengemukakan kepada GEC



- Meningkatkan pendedahan, seperti daftar kedatangan anggota lembaga di mesyuarat dan ganjaran yang diterima dan maklumat tentang jumlah penuh ganjaran yang diterima kakitangan



- Memperkenalkan langkah-langkah pengurusan risiko. Perubahan ini dibuat hasil maklum balas dari badan-badan amal, IPC dan orang awam.



Pengerusi Majlis Badan Amal, Encik Gerard Ee, melahirkan penghargaannya terhadap Jawatankuasa Kecil Memperhalusi Kod Pentadbiran beserta tiga kumpulan kerjanya, karyawan dalam bidang amal serta seluruh pemegang taruhan yang telah menyumbang.



Kata Encik Ee: "Majlis Badan Amal bekerja rapat dengan kesemua badan amal dalam hal ini, agar kita dapat mencapai wawasan menjadikan sektor amal ditadbir dengan baik di Singapura.



"Saya harap orang ramai akan terus menyokong sektor amal agar kerja-kerja amal dapat diteruskan dan membantu mereka yang memerlukan," ujar Encik Ee.



Tatacara pentadbiran yang telah disemak ini boleh dimuaturunkan dari Gerbang Badan Amal (www.charities.gov.sg) dan laman Majlis Badan Amal di http:www.charitycouncil.org.sg).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >