Pertikaian antara Amerika Syarikat dan Iran menghangatkan lagi bahang di Timur Tengah baru-baru ini. Pergeseran tercetus ekoran pembunuhan komander kanan Iran, Qasem Soleimani, oleh serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad. Keadaan diburukkan lagi selepas pesawat Ukraine ditembak jatuh secara tidak sengaja semasa di ruang udara Iran. Berikut intipati episod yang mendapat perhatian dunia minggu lalu.