Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SENI BANGKIT SEMULA

Konsert digital amal bagi bantu si cilik derita penyakit

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



SEMBANG kedai kopi pemuzik dan usahawan seni daripada syarikat Fortress Events, Encik Muhammad Khairul Ilham, bersama rakan-rakannya tempoh hari bukan setakat bual kosong.



Tersentuh dengan berita menyayat hati tentang nasib si kecil, Rayyan Qush, 14 bulan, yang menderita penyakit atrofi otot spina, beliau langsung terfikir mengadakan konsert digital amal, #WishForRayyan pada 12 Februari tahun depan.



Encik Muhammad Khairul bekerjasama dengan Encik Khaizuran Ahmad daripada Favtech Media bagi acara ini.



Konsert ini akan menyajikan persembahan khas Datuk Ramli Sarip, Art Fazil, Moliano Lovehunters, Saha Lovehunters, Iskandar, Hamid Black Dog Bone, Mansor Mohamed, Addy Cradle, Abdul Shukor Jalil dan Endang Rahayu.



Artis lain yang terlibat termasuk Daly Filsuf, Man Toyak, Aqmal, Zaibaktian, Nana Karia, YK, Nertasha, Tiesha, Nur Athirah, Mai Dhaniyah, Imma Pink, Fatin SerulingLady, Izhar Hidayat, Rahmat Damansari, Qis, Rudi & The Wisma 2, Life Petal, Amplified, Nobat Kota Singa, Voz Band dan Mak Yong Kedek.



Turut dipersembahkan adalah segmen drama yang diselaraskan dramatis veteran, Norsiah Ramly.



Konsert penstriman langsung menerusi Facebook yang bermula pada 8 malam di #WFRC Event Page itu dibawakan Favtech Media dengan sokongan Fortress Events dan Voz Management.



Kraton Music Publishing & Arts, NZ Studio, Boon Musical Instruments Centre dan Senik's Event & Cuisine tampil sebagai penaja.



Ketika dihubungi, Encik Muhammad Khairul, 37 tahun, seorang jurutera audio, yang sebelum ini ditugaskan mencari bakat baru dan muda bagi persembahan harian di Wisma Geylang Serai (WGS), berkata:



"Saya terbaca tentang Rayyan Qush yang perlukan rawatan suntikan Zolgensma dari Amerika Syarikat sebelum usianya mencecah dua tahun.



"Rawatan itu menelan belanja $3.1 juta. Kalau tidak dapat diraih rawatan tersebut, ototnya akan lemah dengan pergerakannya terjejas.



"Ia akan membuat Rayyan payah berdiri, berjalan, bernafas dan makan sendiri seperti anak-anak lain seusianya.



"Hati saya tersentuh lantas saya tergerak ingin membantu. Usulan dibuat kepada teman-teman seni lain yang begitu proaktif dan ingin ikut serta tanpa rasa ragu.



"Kami berjumpa tengah malam di kedai kopi dan terhasillah rancangan mengadakan konsert amal digital ini buat Rayyan."



Beliau amat terharu konsert dengan nilai-nilai murni akan disisipkan ini dapat dikendalikan pada Tahun Baru 2021 sebagai satu kebangkitan seni setelah persada hiburan setempat dan usaha niaga seni menerima tamparan hebat daripada penularan Covid-19.



"Alhamdulillah, nama-nama besar seperti Datuk Ramli Sarip, Moliano, Saha dan Art Fazil ingin ikut serta menggembleng tenaga bagi menjayakan projek amal ini.



"Konsert ini memberi harapan buat semua termasuk anak seni yang sudah lama tidak tampil dalam projek sebegini sebagai membangkitkan semangat baru sesudah Fasa Ketiga dilancarkan pada 28 Disember ini.



"Cabaran mengadakan konsert ini memang dirasakan sebab dana yang ingin kami kumpulkan bukan sedikit. Kami perlu menyajikan sesuatu yang mantap untuk menarik orang ramai menonton sambil menderma.



"Sejauh ini inisiatif mengumpul dana yang dikendalikan pelantar Wish For Rayyan yang dipautkan pada laman global GoGetFunding sudah mencecah $840,000.



"Buat masa ini, rancangan konsert digital diteruskan. Kami masih dalam perbincangan ingin mengendalikan acara ini secara hibrid iaitu strim secara langsung dan membukanya bagi tontonan orang di luar.



"Sebab masih banyak peraturan jarak selamat yang harus kami patuhi. Melihat pada trend yang berubah kini, ramai selesa menonton dari rumah sahaja menerusi kaedah digital," ujarnya.



Perniagaan seni, tambahnya, telah melalui satu perubahan pesat sejak menularnya Covid-19.



"Kepakaran teknologi lebih diperlukan. Ingin kenakan bayaran buat penonton dalam talian tidak semudah mana.



"Penggiat seni pula menyifatkan 'feel' tidak sama menerusi wadah digital berbanding di depan ramai penonton. Namun, evolusi seni ini harus ditangani usahawan syarikat seni dan hiburan dengan hati dan minda terbuka," kata Encik Muhammad Khairul lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >