Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konsortium termasuk dua anak syarikat Temasek tawar beli SPH; saingan kepada Keppel

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH konsortium melibatkan antaranya dua anak syarikat Temasek Holdings, syarikat Hotel Properties (HPL) dan hartawan Ong Beng Seng telah membuat tawaran bagi membeli kumpulan Singapore Press Holdings (SPH), memberikan persaingan sengit kepada Keppel Corp yang membuat tawaran bagi menswastakan SPH sebelum ini.



Konsortium Cuscaden Peak menawarkan $2.1 sesaham dalam bentuk tunai, mengatasi tawaran Keppel sebanyak $2.099 sesaham atau $2.2 bilion bagi menswastakan SPH Ogos lalu.



Dua anak syarikat Temasek Holdings yang menyertai konsortium itu adalah CLA Real Estate Holdings dan Mapletree.



Keppel juga merupakan entiti milik Temasek.



Dalam satu pengumuman sebelum pasaran saham dibuka semalam, konsortium itu telah membuat tawaran kepada lembaga pengarah SPH kelmarin bagi membeli kesemua saham SPH.



Ogos lalu, Keppel membuat tawaran bagi membeli perniagaan SPH, tidak termasuk perniagaan medianya yang akan dipindahkan ke syarikat terhad dijamin (CLG).



SPH mempunyai aset bukan media termasuk pusat beli-belah, asrama pelajar di luar negara, perumahan privet dan pusat penjagaan warga emas.



Kumpulan Singapore Press Holdings (SPH) menyatakan ia sedang menimbangkan tawaran konsortium Cuscaden Peak dan akan bertindak bagi kepentingan semua pemegang sahamnya.



Ini selepas konsortium itu membuat tawaran membeli semua saham SPH, menurut satu kenyataan SPH kepada Bursa Singapura (SGX) semalam.



Cuscaden dimiliki 40 peratus oleh Tiga Stars, 30 peratus oleh Adenium, dan 30 peratus oleh Mapletree Fortress.



Tiga Stars anak syarikat Hotel Properties Ltd (HPL), yang memiliki 70 peratus saham syarikat itu dengan 30 peratus dimiliki Como Holdings milik hartawan Ong Beng Seng.



Encik Ong antara individu terkaya di Singapura dan bertanggungjawab membawa perlumbaan kereta Formula Satu (F1) ke negara ini.



Adenium dimiliki CLA Real Estate Holdings, iaitu anak syarikat Temasek. CLA juga memiliki kumpulan hartanah CapitaLand, aset hartanah di Australia dan pelaburan dalam sektor sains hayat. Ia pemilik majoriti CapitaLand Investments.



Mapletree Fortress pula milik Mapletree, yang juga anak syarikat Temasek.



Harga tawaran Cuscaden lebih tinggi daripada tawaran Keppel Corp, sebuah lagi entiti milik Temasek yang menawarkan $2.099 sesaham SPH Ogos lalu.



Tawaran Keppel meliputi tunai sebanyak $0.668 sesaham, 0.596 unit Reit Keppel (bernilai $0.715) sesaham dan unit Reit SPH (yang bernilai $0.716) sesaham.



Berdasarkan harga tutup Reit Keppel dan Reit SPH kelmarin, tawaran penswastaan Keppel mencapai $2.086 sesaham.



Tawaran Keppel itu juga meliputi bayaran putus (break fee) sebanyak $34 juta yang perlu dibayar SPH jika terdapat tawaran pesaing lebih baik bagi SPH, jika para pengarah bebas berasa ia lebih baik bagi pemegang saham SPH.



Keppel juga mempunyai pilihan jika terdapat tawaran pesaing untuk membuat tawaran tunai bersyarat secara sukarela bagi SPH, daripada meneruskan tawaran pembelian itu.



Keppel menyatakan semalam bahawa ia sedang menyemak tawaran Cuscaden dan akan membuat pengumuman dalam masa yang wajar.



"Rancangan membeli SPH tidak termasuk perniagaan media sedang berjalan lancar dan kami telah mendapat kelulusan daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Lembaga Semakan Pelaburan Asing Australia bagi urus niaga yang dirancang,'' kata Keppel, dalam kenyataannya.



Kelulusan Lembaga Semakan Pelaburan Asing Australia diperlukan kerana SPH memiliki hartanah di Australia.



Cuscaden semalam berkata tawarannya itu tidak akan dikurangkan atau disesuaikan bagi mengambil kira bayaran putus $34 juta itu.



Tawaran itu juga bergantung pada SPH menerima syarat ditetapkan Cuscaden. Tiada perjanjian terikat antara SPH dengan Cuscaden ketika ini.



"Syarikat ini masih terikat dengan syarat perjanjian pelaksanaan yang diikat dengan Keppel Pegasus pada 2 Ogos 2021. Syarikat in akan membuat pengumuman lanjut jika dan apabila terdapat perkembangan besar,'' ujar SPH semalam.



Ogos lalu, Keppel menawarkan membeli dan menswastakan SPH, tidak termasuk perniagaan medianya, dalam satu urus niaga bernilai $3.4 bilion.



Perniagaan media SPH dipindahkan ke sebuah syarikat berhad dengan jaminan (CLG), SPH Media Trust, setelah 97.55 peratus pemegang sahamnya meluluskan rancangan itu bulan lalu.



Pengamat penyelidikan kanan Phillip Securities, Encik Terence Chua, berkata pemegang saham SPH akan mendapati tawaran Cuscaden lebih menarik kerana ia melibatkan hanya tawaran tunai, tidak seperti tawaran Keppel yang mempunyai elemen tunai dan saham.



Pengamat pelaburan KGI Securities, Encik Joel Ng, pula beranggapan tawaran Keppel memberi lebih banyak sinergi dengan perniagaan bukan media milik SPH, seperti pusat data.



Saham SPH digantung semalam. Ia ditutup $1.99 kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >