Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KOS START-UP DANA AMANAH PENDIDIKAN-INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL (ETF-ITE)

Kerja landskap secara amali beri pengalaman lebih bermakna

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Mu'az Noor Irwan merupakan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur yang menerima Kos Start-Up Dana Amanah Pendidikan-Institut Pendidikan Teknikal (ETF-ITE).



Berkongsi kisah tentang bantuan pendidikan tersebut, Encik Muhammad Mu'az berkata beliau membuat permohonan bagi mendapatkan Kos Start-Up ETF-ITE yang ditawarkan oleh Yayasan Mendaki setelah disarankan gurunya.



Menurut anak kedua sembilan beradik ini, bantuan Kos Start-Up ETF-ITE telah menyuntik semangat tambahan kepadanya dalam meneruskan usaha pendidikan di ITE.



"Alhamdulillah, bantuan pendidikan yang diterima memberi semangat agar saya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Walaupun saya mempunyai adik-beradik yang ramai, tetapi ia tidak menghalang saya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.



"Saya mempunyai ruang untuk belajar di rumah dan saya lebih gemar belajar secara santai sahaja. Oleh itu, fikiran saya lebih tenang untuk mengulang kaji pelajaran yang diperlukan bagi subjek tertentu."



MEMINATI BIDANG LANDSKAP HIJAU



Encik Muhammad Mu'az, 19 tahun, yang juga mempunyai kelulusan Nitec dalam jurusan Landskap Bandar Menghijau daripada ITE Kolej Timur itu, berkata beliau sangat menghargai keunikan bidang seni landskap.



"Sebelum ini, saya pernah mencuba memasuki bidang inovasi digital, tetapi rezeki saya nampaknya dalam bidang landskap hijau.



"Bidang landskap urban menghijau ini menekankan tema alam semula jadi dan kehijauan bandar dalam membentuk pembangunan bandar yang lebih bersih, mesra dan sihat.



"Bagi saya sendiri, yang meminati tumbuhan-tumbuhan dan reka bentuk, kursus ini sangat menarik dan padat untuk dipelajari.



"Semasa mengikuti kursus ini, saya dapat melakukan eksperimen secara langsung dan 'turun padang' untuk menjalankan kegiatan landskap yang merangkumi proses pembangunan kawasan kediaman, industri, komersial, institusi dan riadah.



"Oleh itu, saya rasa ia sesuatu yang sangat unik untuk merasai sendiri kerja-kerja landskap secara amali kerana ia memberi pengalaman yang lebih bermakna,"katanya.



MENTOR UNTUK SOKONGAN



Encik Muhammad Mu'az juga merupakan seorang menti dalam program bimbingan #amPowered@ITE kendalian Mendaki.



Beliau yang sedang menunggu untuk memulakan pengajian Higher Nitec (Sijil ITE Nasional) itu turut menceritakan pengalaman bersama mentornya, Encik Tan Choon Seng, dalam program tersebut.



"Kali pertama berinteraksi dengan Encik Choon Seng adalah menerusi online atau panggilan video. Beliau banyak berkongsi beberapa kisah dan panduan tentang beberapa perkara penting, termasuklah tentang Perkhidmatan Negara (NS).



"Kami banyak berbual dan melakukan interaksi sosial. Beliau sentiasa menghubungi saya untuk bertanya khabar dan memastikan saya berkeadaan baik.



"Pada pendapat saya, program mentor-menti anjuran Mendaki ini merupakan sebuah platform yang sesuai untuk pelajar berkongsi, meluahkan perasaan dan mendapatkan maklumat tambahan yang mungkin sukar diperolehi semasa berada di dalam kelas.



"Oleh itu, saya sangat menghargai nasihat Encik Choon Seng dan kehadiran beliau sebagai seorang mentor yang mengambil berat terhadap mentinya," katanya.




"Bagi saya sendiri, yang meminati tumbuhan-tumbuhan dan reka bentuk, kursus ini sangat menarik dan padat untuk dipelajari. Semasa mengikuti kursus ini, saya dapat melakukan eksperimen secara langsung dan 'turun padang' untuk menjalankan kegiatan landskap yang merangkumi proses pembangunan kawasan kediaman, industri, komersial, institusi dan riadah."



- Encik Muhammad Mu'az Noor Irwan.




Kos Start Up Dana Amanah Pendidikan-Institut Pendidikan Teknikal (ETF-ITE)



Kos Start-Up Dana Amanah Pendidikan-Institut Pendidikan Teknikal (ETF-ITE) diperkenal pada 2010.



Bantuan kewangan itu membantu pelajar ITE tahun pertama membeli keperluan sekolah seperti bahan pengajian dan peralatan sekolah.



Bantuan ETF-ITE diberikan satu kali sahaja dan ia bergantung pada jurusan pengajian.



Untuk maklumat lanjut, sila ke laman https:// www.edutrustfund.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >