Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Krismas satu detik kerohanian

Dec 25, 2019 | 05:30 AM



BAGI Cik Patricia Kong, sambutan Hari Natal mencetuskan semangat kerohanian yang amat mendalam kerana ia mengingatkan beliau kepada mendiang bapanya.



Menurutnya, pemergian mengejut bapanya itu meninggalkan kesan mendalam ke atas dirinya dan beliau hanya menemui ketenangan emosi setelah memeluk agama Kristian dua tahun lalu.



"Saya tersentuh bagaimana masyarakat Kristian dan khususnya teman gereja menerima saya dengan tangan dan hati terbuka. Ia banyak mengubat kepiluan dalam jiwa saya dan memberi saya semangat baru," ujarnya, seorang ejen hartanah berusia 33 tahun.



Kini, ibu dua anak itu berkata selain menghabiskan masa dengan kegiatan anjuran gerejanya, Gereja Faith Community Baptist (FCBC), beliau seronok menyambut Krismas dengan anak-anak dan suami.



Suaminya, Encik Dexter Jr Tai, 38 tahun, ialah seorang pensyarah di politeknik.



Cik Kong menceritakan makan malam sebelum Krismas adalah sesuatu yang amat istimewa bagi beliau sekeluarga. Mereka juga seronok menghias rumah dengan hiasan Hari Natal.



Menurutnya, suaminya seorang yang suka memasak.



Justeru, suaminya itu akan menyiapkan juadah makan malam manakala tugas Cik Kong dan anak-anak pula membuat persiapan bagi menyambut anggota keluarga dan teman-teman serta menghiasi rumah mereka.



"Antara hidangan yang 'wajib' ada di atas mejaialah juadah ayam belanda yang disajikan dengan kentang dan kek log," kata Cik Kong sambil tersenyum lebar, ghairah menceritakan tradisi Krismas keluarganya itu.



Di samping itu, Cik Kong berkata sambutan Krismas di Singapura lebih meriah dan bermakna kerana masyarakat berbilang agama di sini.



Menurutnya, beliau mempunyai ramai teman berbeza agama dan mereka turut berkongsi keceriaan keluarganya dalam menyambut perayaan penting itu.



"Kami bertukar-tukar ucapan dan ramai teman saya yang bukan beragama Kristian juga menyertai majlis sambutan Krismas yang diadakan.



"Ini menunjukkan kita hidup harmoni dalam sebuah masyarakat yang menghormati satu sama lain. Itu keistimewaan Krismas di Singapura bagi saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >