Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

CERTOT

Kuasa

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



Certot adalah ringkasan kepada cerita kontot. Akronim ini terdapat dalam buku tulisan ‘Teori Penulisan Kreatif’ oleh bahasawan Malaysia, Dr Othman Puteh, tetapi sejauh ini masih tidak diwartakan di dalam Kamus Dewan. Berbeza dengan cerpen, iaitu akronim bagi cerita pendek yang jumlah perkataannya mesti melebihi 500 patah perkataan, certot haruslah lebih pendek daripada itu. Strukturnya mesti kemas dan sempurna. Certot merujuk kepada cerita kontot yang jumlah perkataannya kurang daripada 500 patah perkataan. Kini terdapat sebilangan penulis muda yang menunjukkan kecenderungan menghasilkan certot. Berikut kita ikuti dua lagi certot.




RAIF tersenyum lebar. Akhirnya dia berjaya meyakinkan Tuan Izaan bahawa dia yang paling layak. Tuan Izaan sepatutnya sudah lama bersara dan dia yang patut duduk di kerusi empuk itu. Segala arahan Tuan Izaan tidak lagi sempurna. Kucar-kacir.



Raif percaya sebaik saja selesai tugas ini, dia akan mengambil alih kedudukan Tuan Izaan. Segala peraturan dan undang-undang yang masih dipegang oleh Tuan Izaan selama 30 tahun akan diubah. Sudah tiba masa dia bergelar Tuan Raif.



Pintu besi berdecit nyaring. Bau asap tebal bertoksik memenuhi ruang bilik besar. Raif tersedar topeng gas tertinggal di atas meja kerja. Dia menahan nafas dan meraba-raba isi kandungan beg sandangnya. Jari-jemari mencapai sehelai tuala besar dan sebotol air mineral.



Raif pantas membasahi tuala dan menekap muka. Diikat hujung tuala di belakang kepala dan membetulkan kedudukan tuala, menutupi hidung dan mulut. Lega.



Tanpa berlengah, Raif lari masuk ke dalam sebuah bilik. Dia tergamam. Penglihatannya masih jelas dalam ketebalan asap. Ke mana hilang mesin gergasi yang memenuhi ruang bilik empat segi ini? Seingatnya sepuluh tahun dulu mesin itu masih ada.



Kini yang berada di tengah-tengah bilik itu hanyalah sebuah mesin yang tinggi dan kurus. Raif memerhatikan lampu-lampu kecil berkelipan. Ada tiga butang besar berderet dari atas ke bawah di bahagian tepi mesin itu. Raif meraba butang hijau, kemudian butang kuning dan akhir butang merah. Ditekan dan diputar, tetapi tidak satu pun yang berfungsi.



***************



"Tuan Izaan, kenapa saya harus menghadiri kursus tersebut?"



"Kerana ini satu kursus yang terkini. Setiap pegawai dalam anggota Elit ini harus mempelajari ilmu baharu. Kita semua mesti mempertingkatkan kemahiran diri."



"Saya banyak kerja! Saya tidak ada masa! Hantar saja pegawai lain!"



Rasa kesal mencengkam jantung hati Raif. Berpeluh-peluh dia mencari butang yang dapat mematikan gas toksik dari terus mengganas. Raif teringatkan Elfian. Elfian pernah mengikuti kursus serupa tidak lama dulu.



"Tapi kalau saya menghubungi Elfian, pasti mereka akan ketawakan saya."



BOOM!



********************



"Raif. Raif. Kalaulah hanya awak melihat di belakang mesin itu, sudah pasti awak akan nampak suis untuk mematikannya. Al-Fatihah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >