Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pemimpin 4 pertubuhan banyak bantu keluarga tahanan ISA

RRG
Mar 08, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN pemimpin pertubuhan Melayu/Islam yang digerakkan oleh empat badan - Yayasan Mendaki, Taman Bacaan, Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Masjid Khadijah - telah banyak menghulurkan bantuan kepada keluarga para tahanan Jemaah Islamiyah (JI).



Dikenali sebagai Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG), ia bertindak untuk membantu tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk kembali ke pangkuan masyarakat.



Ia dibentuk menyusuli penahanan anggota JI di sini di bawah ISA pada Disember 2001.



Sejak ditubuhkan pada 2002, ACG dengan sokongan agensi-agensi pemerintah turut menangani tugas penting menjaga kesejahteraan mental dan sosio-ekonomi golongan yang ditahan dan ahli keluarga mereka.



Ia menghulurkan pelbagai bantuan demi memastikan keluarga yang tiba-tiba kehilangan ketua keluarga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.



Antara bantuan yang dihulurkan ACG termasuklah membantu melunaskan yuran sekolah anak-anak para tahanan dan bil perbekalan awam yang tertunggak; menawarkan kursus peningkatan diri untuk para isteri mereka; dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan.



Bantuan ini membuat mereka sedar bahawa masyarakat sebenarnya prihatin dan sedia mendengar masalah mereka dan membantu dari segi kaunseling bagi menunjukkan jalan keluar.



Selain bantuan kewangan, pihak ACG mempunyai kaunselor dan pekerja sosial yang mendampingi keluarga para tahanan JI.



Pendekatan mereka lebih tertumpu kepada aspek kesejahteraan dan keperluan keluarga di samping persekolahan anak-anak mereka.



Usaha ini adalah untuk memastikan keluarga para tahanan ini stabil dan tidak pincang akibat penahanan ketua dalam rumah tangga.



Kumpulan itu melengkapkan proses pemulihan dengan menyepadukan program-program sedia ada anjuran pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam.



Bantuan-bantuan itu membolehkan keluarga tahanan meneruskan kehidupan seperti sedia kala demi kebaikan masyarakat Islam dan masyarakat Singapura amnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >