Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu Michael Jackson buat usahawan kosmetik idamkan dunia pulih

Walaupun mereka bukan selebriti dan lebih menjalankan kerja di belakang tabir menambah seri pada penampilan individu yang didandan, mereka tetap mempunyai pengikut mereka sendiri di media sosial. BERITA HARIAN melaporkan tentang dua usahawan tata hias, baik yang menjalankan perniagaan khidmat perkahwinan mahupun yang menjana jenama kosmetik sendiri.
Dec 21, 2020 | 05:30 AM



DENGAN tirai 2020 bakal dilabuhkan tidak lama lagi, usahawan produk dandanan Doll Me Up Cosmetics (DMU), Cik Nazlin Hilal, tidak dapat melupakan bagaimana segalanya berubah buatnya tahun ini.



Beliau bukan sahaja perlu membatalkan janji temu dengan pelanggan kerana langkah jarak selamat yang membataskan pergerakan dan kontak dengan pelanggan pada awal penularan wabak.



Cik Nazlin, 41 tahun, juga berdepan dengan masalah bekalan produk dandanan yang terhenti kerana pengeluar produk di New York, Amerika Syarikat, menghentikan operasi pengeluaran.



Ikuti wawancara bersama ibu dua anak lelaki ini yang juga mempunyai pilihan lagu dan filem untuk dijadikan santapan hiburan di kala tertekan dek wabak koronavirus ini.



SOALAN (S): Bagaimana impak Covid-19 kepada perniagaan anda? Dengan Fasa Ketiga bakal dilancar pada 28 Disember ini, apakah perkara pertama yang akan anda lakukan?



CIK NAZLIN (N): Impak Covid-19 pada perniagaan saya sangat besar. Apabila wabak ini baru bermula, pelanggan saya menunda atau membatalkan janji temu kami untuk sesi dandanan ataupun kelas dandanan.



Pada beberapa bulan pertama, DMU tiada sebarang janji temu pun. Yang menyedihkan, kami juga tidak dapat mengendalikan reruai 'pop- up' yang menjual produk DMU di pusat beli-belah.



Lebih memburukkan keadaan, pengeluar produk DMU di New York terpaksa menghentikan operasi kerana tempoh berkurung pemutus rantaian jangkitan Covid-19.



Ini bermakna kami akan ketandusan produk untuk dijual di gedung dalam talian kami.



Lantaran itu, dengan Fasa Ketiga bakal dimulakan pada 28 Disember ini, saya berharap dapat meninjau kemungkinan memulakan kembali reruai 'pop-up' bagi jualan produk kami di pusat beli-belah.



S: Apakah ada produk baru yang bakal anda lancarkan pada 2021? Apakah pula pencapaian terbesar anda?



N: Kami tentunya sedang meninjau peluang mempelbagaikan rangkaian produk 'Artisan' kami yang kesemuanya diperbuat daripada bahan asli yang sesuai buat kulit sensitif atau mereka yang tidak menggunakan sebarang produk solekan.



Buat masa ini, produk minyak muka atau Velvet Face Oil kami laris sehinggakan ia cepat habis hanya beberapa hari setelah kami menambah stoknya.



S: Adakah anda pernah mendandan selebriti?



N: Ramai yang pernah didandan tetapi seseorang yang terpahat di ingatan adalah pelakon Malaysia yang terkenal dengan drama 'hit' Adam dan Hawa, Nadiya Nisaa.



Walaupun beliau dikenali dan namanya 'meletup' ketika itu, Nadiya tetap selebriti yang rendah hati dan mudah bertolak ansur. Hingga ke hari ini, Nadiya peminat bedak muka kami.



S: Apakah lagu yang dirasakan mampu membangkitkan semangat positif dan sesuai didengar setelah Fasa Ketiga dilancarkan?



N: Heal The World oleh Michael Jackson. Lagu ini menggambarkan situasi kini di mana dunia sedang pulih perlahan-lahan daripada krisis kesihatan Covid-19 ini.



Walaupun pemulihan dunia makan masa, besar harapan saya hari yang dinanti-nanti akan datang di mana semua perkara kembali seperti biasa.



Kita pula boleh mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dan menjejas dunia ini di samping mempelajari sesuatu daripadanya.



S: Apakah filem yang ingin anda tonton pada 2021?



N: Money Heist (Musim Kelima). Jalan ceritanya amat menarik. Saya menonton kesemua empat musim rancangan ini sewaktu tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19.



Lantaran itu, saya tidak sabar ingin melihat bagaimana plotnya berkembang.



S: Jika anda dapat kembali mengembara, negara mana ingin dikunjungi?



N: Pastinya sebuah negara Scandinavia yang akan menjadi idaman, baik Norway, Sweden, Finland atau Iceland. Saya tentunya rindukan salji di negara-negara ini!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >