Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu terkini Nana 'Kemesraan' lambang cinta matang

Juara SG Mania 2 hasilkan karya pemberi harapan suami isteri tanpa anak
Jun 18, 2021 | 05:30 AM



SETIAP perjalanan hidup dan kerjaya nyanyian dirancang teliti agar suatu ketika nanti, dapat diimbas kembali pasang surut dan estetika seni yang banyak mendewasakannya.



Penyanyi yang bergelar juara SG Mania (Musim Kedua), Nana Karia, 41 tahun, menetapkan visi hidup berfasa untuk beliau harungi, malah sudah memikirkan apa yang ingin dilakukannya bagi fasa keempat dan kelima hidupnya.



Sepanjang 24 tahun terlibat dalam muzik secara profesional, beliau akur laluannya penuh onak duri dan tidak sepi daripada ujian.



Namun dengan terbitnya lagu terkini, Kemesraan, dengan klip video yang akan ke udara di saluran YouTube Nana pada 8.30 malam ini, ingin sekali dipanjatkan rasa syukur di atas ketenangan yang Tuhan beri pada usia lebih matang kini.



Lebih istimewa lagi, lagu yang ditujukan buat suaminya, Md Shahrin Sanudin turut dijayakan sang suami yang sebelum ini lebih suka berada di belakang tabir.



Menurut Nana, lagu dengan melodi ciptaan penggubah muzik Jaybon itu asalnya dirancang sebagai lagu Raya dengan Nana sebagai penulis lirik cuba menyesuaikannya dengan 'mood' Lebaran.



Namun setelah mendengar susunan semula lagu ini oleh Bani Hidir, Nana kembali pada niat asalnya menghasilkan lagu 'chill' dan santai bernadikan cinta yang menenangkan, Kemesraan.



"Saya yakin dengan ketepatan falsafah hidup, 'kesabaran membawa ganjaran'.



"Lirik lagu Kemesraan ini sebenarnya sudah siap awal 2020 lagi. Cuma belum ada peluang atau jodoh untuk dirakamkan sebab saya tak dapat mencari irama yang sesuai dengan 'mood' dan inti liriknya.



"Awal 2021, Jaybon syorkan saya bikin lagu Raya dengan melodi yang beliau siapkan. Maka saya mengolah kembali lirik Kemesraan bagi menepati konsep lagu Raya.



"Apabila sampai ke tangan Bani beberapa contoh lagu yang saya berikan, saya mengambil keputusan mengekalkan lirik asli 2020 itu dengan visi tersendiri.



"Alhamdulillah, Jaybon terima keputusan saya dan memberi sokongan kuat dalam saya mencapai visi saya," cerita Nana ketika dihubungi.



'Single' terakhir Nana pada 2018 adalah Abadi, lagu duet bersama Iskandar Ismail, yang juga dicipta Jaybon.



Abadi adalah balada gah dengan susunan vokal yang kompleks, berbanding Kemesraan yang langsung tidak memaparkan vokal bernada tinggi yang menjadi kebiasaan lagu Nana sebelum ini.



"Saya dapat merasakan lagu ini tepat menggambarkan apa yang dilalui kini. Nana rasa begitu tenang. Alhamdulillah, Kemesraan menggambarkan apa yang tersemat di hati ini," jelasnya lagi.



Menurutnya, kebanyakan lagu yang dicipta sejak 2015 meraih inspirasi daripada kisah teladan dan komitmen suaminya sebagai pasangan hidup yang sangat memahami.



"Suami saya sebenarnya suka berada di belakang tabir, baik di media sosial atau di khalayak ramai.



"Sebenarnya, susah nak tampilkan Shahrin dalam klip video Kemesraan ini. Pujuk punya pujuk, akhirnya beliau bersetuju.



"Saya mahu paparkan kisah sebenar dan jujur mengenai pasangan suami isteri yang hidup tanpa cahaya mata.



"Bukan sahaja sebagai kenangan kami bersama tetapi sebagai memberi harapan, kepercayaan dan inspirasi buat pasangan lain yang mengharungi nasib yang sama.



"Apa yang ingin ditekankan, kebahagiaan dan keintiman masih mampu dipupuk selepas bertahun lamanya bersama.



"Kalau pun buat selamanya ditakdirkan hanya kami berdua menjalani hidup ini tanpa anak, kami masih mampu berusaha menguatkan mahligai kami dengan keceriaan dan keintiman terpelihara melalui kegiatan menghiburkan.



"Kami boleh luangkan masa dating di tepi pantai sambil merakam 'selfie' sebagai kenangan," ujar Nana sambil memberi penghargaan buat Harry Adha dari Unia Pictures yang mencetus idea dan mengarah klip video Kemesraan yang nampak spontan.



Lagu ini mendapat sambutan yang sangat baik dan telah diputarkan di corong radio Ria 897.



Ramai yang terkejut kerana dari seorang penyanyi rok, Nana beralih ke lagu lebih santai, sesuatu yang dianggap relevan dengan peredaran hidupnya kini.



Mengenai tamparan hebat pandemik Covid-19 pada kerjaya seninya, Nana tidak menafikan tahun lalu dan tahun ini membawa ujian besar yang tidak menyelesakan anak seni.



"Namun, saya sentiasa mencari sinar di sebalik awan kelabu dan mendung. Saya hargai sokongan ramai agar saya perkasa kesenian saya dengan berkongsi, menimba ilmu, bereksperimen misalnya dengan bikin 'cover' lagu Korea, Bagai Salju, sebagai sanjungan pada drama Goblin.



"Walaupun kebanyakan 'gig' saya yang sepatutnya dipersembahkan 'live' dibatalkan atau ditunda, saya masih dapat meneruskan kelas vokal di Fame Music School dalam talian pada awal tempoh pandemik.



"Saya mulakan 20 episod sesi E-Busking With Nana Karia menerusi penstriman Facebook Live dari Mac hingga Ogos tahun lalu. Ia sesi menghibur peminat seminggu sekali dari rumah saya.



"Dengan usaha tersebut, beberapa rakan seni turut berbincang dengan saya dan suami untuk mengadakan acara maya dengan mendapatkan khidmat syarikat kami, Soulitaire Productions.



"Saya sempat ambil program kemahiran SGUnited dalam jagaan kesihatan yang tiada kena mengena dengan seni selama lima bulan.



"Ia peluang baik mempertingkat ilmu berguna sambil dapat elaun bulanan pemerintah. Ia sesuatu yang saya syukuri sebagai hikmah terbesar Covid-19. Maklumlah, semasa muda, masalah kewangan menghambat saya daripada meneruskan pengajian," kongsinya yang ingin menghasilkan dokumentari perjalanan seninya pada penghujung tahun depan.




"Saya mahu paparkan kisah sebenar dan jujur mengenai pasangan suami isteri yang hidup tanpa cahaya mata. Bukan sahaja sebagai kenangan kami bersama tetapi sebagai memberi harapan, kepercayaan dan inspirasi buat pasangan lain yang mengharungi nasib yang sama. Apa yang ingin ditekankan, kebahagiaan dan keintiman masih mampu dipupuk selepas bertahun lamanya bersama."
- Nana Karia mengenai makna di sebalik lagu terkininya, Kemesraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >