USAHA menangani penularan Covid-19 di seluruh dunia terus dipergiat dengan Amerika Syarikat berikrar untuk mempertingkat kesediaan vaksin untuk negara-negara memerlukan.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah memutuskan untuk melonjakkan eksport vaksin Covid-19 ke negara lain bagi merebut semula 'kepemimpinan Amerika' dalam usaha memerangi pandemik itu, mengetepikan saingan dari China dan Russia.