Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIASATAN MUIS TERHADAP PROSES BADAN PENSIJILAN HALAL ASING (FHCB)

Langkah kukuh rangka kerja FHCB tepat

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) firma pakar pengurusan halal Sahl International, Encik Shahlan Hairalah berkata siasatan yang dijalankan terhadap isu pengiktirafan Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) telah dijalankan dengan telus dan langkah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengukuhkan rangka kerja FHCB amat dialukan.



Muis mengumumkan bahawa ia merancang melaksanakan perubahan itu hasil semakan diadakan menjelang akhir 2021.



Mengulas mengenai hasil siasatan yang telah selesai berhubung dengan dakwaan terhadap FHCB, Encik Shahlan berkata langkah Muis untuk melakukan semakan itu amat dialu-alukan.



"Harapan saya pelaksanaan perubahan itu hasil semakan itu dapat dilaksanakan dengan lebih pantas," katanya.



Encik Shahlan berkata tugas Muis dalam memberikan pengiktirafan kepada FHCB tidak mudah kerana mereka merupakan penguasa pengawalan dan mereka juga didekati wakil industri yang ingin mengembangkan perniagaan dan ekonomi mereka.



"Konflik kepentingan itu mungkin boleh wujud apabila mereka memainkan dua peranan itu," tambah Encik Shahlan.



Beliau juga menambah Muis boleh menimbangkan untuk menjelaskan sebab pengiktirafan FHCB itu ditolak atau dinyahsenarai agar FHCB dapat membaiki jurang itu.



FHCB merupakan badan yang memberikan sijil halal di luar negara bagi produk asing yang ingin menembusi pasaran Singapura dan digunakan oleh premis makanan dan minuman (F&B) yang mempunyai sijil halal Muis.



Muis mempunyai senarai FHCB yang disahkan sebelum mereka dibenarkan memberikan sijil halal bagi produk asing yang digunakan di premis halal di sini.



Atas sebab dasar di bawah proses pengiktirafan FHCB, Muis berkata dalam kenyataannya semalam bahawa penolakan atau penyahsenarai FHCB tidak didedahkan kepada FHCB.



Namun, di atas keprihatinan awam mengenai kes ini, Muis menggariskan beberapa sebab mengapa FHCB itu ditolak atau dinyahsenarai.



Sebab-sebab itu termasuk permohonan tidak lengkap dan dokumen sokongan tidak mencukupi di sebalik beberapa peringatan diberikan mereka; proses tidak mematuhi Syariah, pengeluaran sijil halal yang kosong dan pengeluaran produk berkaitan babi.



Secara umum, Encik Shahlan berkata siasatan yang dijalankan telah dilakukan dengan telus.



"Ia telah dijalankan dengan cara yang telus dan perkembangannya diumumkan kepada awam secara kerap," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >