Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Laut Tidak Lagi Telaga Rezeki Buat Nelayan

Jan 30, 2022 | 09:32 AM



Perahu nelayan tersadai

kaku lesu di tepian pantai

rezeki di laut semakin sempit

hasil tangkapan kini sedikit

nasib hidup nelayan kian terhimpit



Kapal-kapal ikan canggih

mengaut bertan-tan ikan - memutih

dengan anak-anak ikan tersapu bersih



Kepulauan sering menjadi rebutan

kapal-kapal perang mengawal sekitaran



Sang paus si raja samudera

meminggir kehadiran armada



Gurita sembunyi di dasar bawah

menghindari diri dari masalah



Laut tidak lagi lumayan

telaga rezeki buat nelayan

tetapi sebuah medan

untuk adikuasa mempamer kekuatan

bermegah dengan pelbagai persenjataan.



ISMAIL HUSSAIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >