Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 1,000 askar Afghan 'cabut' ke Tajikistan

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



DUSHANBE: Lebih 1,000 tentera Afghanistan melarikan diri ke Tajikistan awal pagi tadi selepas pertempuran dengan Taleban, kata jawatankuasa keselamatan negara itu.



Militan Taleban sudah melancarkan beberapa serangan besar-besaran di Afghanistan utara sejak beberapa minggu terakhir, ketika tentera Amerika Syarikat dan antarabangsa berundur dari negara itu.



Pada 5 Julai lalu, Jawatankuasa Keselamatan Nasional Tajikistan berkata 1,037 tentera Afghanistan melarikan diri ke negara bekas Soviet itu untuk menyelamatkan nyawa mereka selepas pertempuran dengan Taleban pada malam itu.



"Kami terima mereka atas pertimbangan prinsip negara jiran yang baik dan mematuhi kedudukan tidak campur tangan dalam urusan dalaman Afghanistan.



"Justeru, anggota tentera Afghanistan dibenar memasuki wilayah Tajik," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi maklumat Tajikistan, Khovar.



Difahamkan, Taleban menguasai sepenuhnya enam daerah di wilayah Badakhshan yang bersempadan dengan Tajikistan di timur laut Afghanistan.



Ratusan tentera Afghanistan melintasi Tajikistan selepas Taliban melancarkan serangannya pada awal Mei.



Taleban sudah merampas puluhan daerah Afghanistan, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentera Afghanistan lumpuh selepas tentera Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur sepenuhnya dari negara itu.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, sudah mengarahkan pengunduran semua pasukan Amerika dari Afghanistan tahun ini menjelang ulang tahun ke 20 serangan 11 September pada 2001. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >