LEBIH 20,000 perusahaan telah mengambil pinjaman bernilai sekitar $17.4 bilion di bawah skim disokong Enterprise Singapore (ESG) yang diperkenalkan dan dipertingkat untuk menangani cabaran yang timbul dek Covid-19 dari Mac hingga Disember tahun lalu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.
Jumlah itu melebihi 13 kali ganda kredit yang diberikan di bawah pinjaman disokong ESG pada 2019 iaitu $1.3 bilion.