Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih 32,000 dapat kerja, dibantu Majlis Keselamatan Pekerjaan NTUC

Dengan kerjasama rakan tiga pihak, kadar nganggur dan pemberhentian kerja kian berkurang sedang SG catat kemajuan baik program vaksinasi pekerja: Chee Meng
Aug 06, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang mencatat kemajuan baik dalam perjuangannya menentang Covid-19, dan dengan kerjasama rapat rakan tiga pihak, kadar pengangguran dan pemberhentian kerja telah semakin berkurang.



Dalam Amanat Hari Kebangsaannya semalam, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, berkata lebih 32,000 pekerja telah berjaya ditempatkan dalam pekerjaan atas bantuan Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC) NTUC sejak ia ditubuhkan pada Februari tahun lalu.



Majlis itu membantu pekerja dan golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) dengan pekerjaan baru sebelum mereka diberhentikan.



Kini, rangkaian majlis itu terdiri daripada lebih 10,000 syarikat, satu peningkatan daripada 4,000 apabila ia bermula, kata Encik Ng.



Beliau akui terdapat kumpulan pekerja yang masih merasakan kesan pandemik ini yang berpanjangan dan memerlukan bantuan tambahan.



Ini termasuk pekerja bergaji rendah, pekerja bebas dan golongan PME.



"Kepada pekerja bergaji rendah kami, saya tahu anda mudah terjejas lebih-lebih lagi sewaktu tempoh ini.



"NTUC sedang berusaha gigih untuk memperluas Model Gaji Progresif dengan lebih cepat untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pekerja supaya anda boleh mempunyai gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan yang lebih baik," katanya.



Untuk melakukan demikian, beliau mengetengahkan usaha Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah, sambil menambah bahawa beliau menanti-nantikan saranannya.



Bagi pekerja bebas, Encik Ng berkata NTUC mahu mewakili mereka secara rasmi supaya dapat memberi mereka perlindungan lebih baik.



"Kami tahu akan keperluan untuk memastikan hubungan tawar-menawar yang lebih adil antara anda dengan pembeli perkhidmatan," tambahnya.



Beliau turut berkata persatuan berkaitan NTUC akan terus memperjuangkan keperluan mereka secara kolektif, serta memberi sokongan dalam jaminan pendapatan, kepakaran kemahiran, prospek pekerjaan dan kesihatan.



Bagi PME pula, Encik Ng berkata pasukan bertindak yang ditubuhkan bersama NTUC dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF) akan berkongsi saranannya tahun ini.



Dalam pada itu, NTUC telah menyeru agar pemerintah lebih melindungi warga Singapura dalam membentuk kumpulan teras pekerja Singapura.



"Kami gembira pemerintah mendengar kami dan baru-baru ini mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Tiga Pihak bagi Keadilan Di Tempat Kerja. Ini akan melengkapi usaha Pasukan Bertindak bersama itu," katanya.



Mengulas tentang kemajuan Singapura dalam perjuangan menentang Covid-19, Encik Ng berkata ekonomi sedang pulih dan dijangka tumbuh sebanyak 4 hingga 6 peratus tahun ini.



"Kadar pengangguran dan pemberhentian kerja penduduk juga telah semakin baik dan jauh beza daripada tahap tinggi tahun lalu.



"Pekerja kita, termasuk PME, boleh mengekalkan pekerjaan mereka, dan jika terjejas, dapat lebih mampu mencari dan mengekalkan pekerjaan yang baik," ujarnya.



Yang penting sekali, Encik Ng berkata usaha vaksinasi nasional sedang mencatat kemajuan yang baik dan stabil.



"Ini penting untuk melindungi pekerja kita dalam kerja harian mereka di mana banyak interaksi tidak boleh dielak.



"NTUC akan terus menyokong vaksinasi di tempat kerja untuk melindungi kesihatan pekerja dengan terbaik dan memastikan kesinambungan perniagaan," tambah beliau.




TUMPUAN BAGI TIGA GOLONGAN PEKERJA



  • Pekerja Bergaji Rendah

- NTUC akan memperluas Model Gaji Progresif dengan lebih cepat supaya pekerja mendapat gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan lebih baik



- Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah akan memberi saranan



  • Pekerja Bebas

- NTUC mahu mewakili golongan pekerja ini secara rasmi dan memberikan perlindungan lebih baik



- NTUC tahu akan keperluan untuk memastikan hubungan tawar-menawar yang lebih adil antara pekerja bebas dengan pembeli perkhidmatan



- Persatuan berkaitan NTUC akan terus memperjuangkan keperluan mereka serta menyokong jaminan pendapatan, kepakaran kemahiran, prospek pekerjaan dan kesihatan



  • Golongan Karyawan, Pengurus dan Eksekutif (PME)

- Lebih 9,000 PME telah memberikan maklum balas kepada Pasukan Bertindak yang ditubuhkan bersama NTUC dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF)



- Pasukan Bertindak itu akan berkongsi saranannya tahun ini



- Pemerintah telah mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Tiga Pihak bagi Keadilan Di Tempat Kerja yang akan melengkapi usaha Pasukan Bertindak




"Kadar pengangguran dan pemberhentian kerja penduduk juga telah semakin baik dan jauh beza daripada tahap tinggi tahun lalu. Pekerja kita, termasuk PME, boleh mengekalkan pekerjaan mereka, dan jika terjejas, dapat lebih mampu mencari dan mengekalkan pekerjaan yang baik."
- Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >