Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Lepas kecurian di gerai ayam goreng, akaun YouTube Nabila Razali digodam

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



UJIAN buat penyanyi Malaysia, Nabila Razali, datang tidak berkesudahan. Beberapa bulan lalu orang mempertikai mutu suaranya ketika menyanyi 'live', kini timbul masalah akaun YouTube beliau digodam dan gerai ayam goreng miliknya, Ayo Fried Chicken, dipecah masuk dan wang tunai dicuri.



"Janganlah mencuri. Jika nak kerja, saya boleh cuba serapkan sebagai staf," kata Nabila, 28 tahun, dalam laporan laman Kosmo!



Kecurian di cawangan Ayo Fried Chicken di Masok Food Court, Kampung Baru, berlaku Sabtu lalu.



Walaupun kecewa, Nabila berkata orang yang mencuri itu mungking melakukannya kerana terdesak pada waktu sukar pandemik Covid-19 ini.



"Ya, memang terkejut dan sedih... Walaupun begitu, saya faham keadaan sekarang ramai yang memerlukan wang kerana desakan hidup dan mungkin tak tahu bagaimana lagi mendapatkan duit," ujarnya.



Pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu turut melahirkan rasa simpati terhadap individu terlibat.



"Saya rasa simpati melihat golongan seperti ini (pencuri) yang menggunakan pendekatan dengan memecah masuk premis berbanding mencari kerja secara halal.



"Kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk menyerap mereka sebagai staf," kata penyanyi Peluang Kedua itu.



Nabila mengusahakan perniagaan itu bersama orang lain.



"Niat saya berniaga pun bukan untuk diri sendiri tetapi ingin berkongsi rezeki dengan orang lain.



"Jadi, apabila dipecah masuk, kejadian itu mengganggu kakitangan di premis saya dan kewibawaan mereka. Harap benda ini tidak berlaku lagi," ujarnya.



Nabila yang memiliki lima cawangan gerai ayam goreng itu mengalami kerugian berjumlah RM2,000 ($644.81).



Belum selesai kes kecurian itu, media seberang mendapat tahu akaun YouTube Nabila Razali Entertainment pula digodam.



Kelmarin, laman Utusan Online melaporkan pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib, berkata laman tersebut belum dapat diperolehi semula setelah digodam.



Menurut Asrul, pelbagai usaha telah dilakukan dengan YouTube bagi mendapatkan semula akaun itu, namun terpaksa menunggu 24 jam bagi melihat sebarang perkembangan.



"Kami akan ikhtiar juga cara lain. Mungkin terpaksa hubungi orang yang mahir seperti penggodam juga untuk mendapatkan semula akaun itu," katanya.



Menurut Asrul, perkara ini sangat penting kerana seandainya gagal mendapatkan semula akaun tersebut, ia akan menyukarkan Nabila dan seluruh pasukan di belakang tabir mempromosikan lagu barunya kelak.



"Kalau Nabila ada lagu baru selepas ini, rugilah untuk dia dan rugilah juga untuk syarikat. Pihak kami ada juga memikirkan strategi lain, seandainya tidak dapat juga akaun tersebut, mungkin terpaksa buat satu akaun baru di You Tube.



"Tetapi kalau boleh nak elakkan pilihan itu kerana sayang sekali akaun itu sudah mempunyai jumlah pengikut sebanyak 400,000 orang selain sejak dihasilkan pada tahun lepas, jutaan jumlah penonton telah kami raih menerusi setiap lagu dan muzik video yang dimuat naik.



"Jadi kami rasa amat sayang. Nak memulakan semua semula juga bukan satu perkara yang mudah. Mungkin momentum yang kami dapat tak sama seperti yang sebelumnya menerusi akaun itu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >