Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lestarikan seni tari tradisional menerusi teknologi

Noramin Farid hargai peluang jayakan pameran holografik 3D 'Routes', ingin teroka potensi TikTok
Jul 12, 2021 | 05:30 AM



Apakah anda rindui pengalaman menonton persembahan kebudayaan seperti tarian di ruang awam, sesuatu yang banyak terjejas kerana sekatan pandemik Covid-19? Evolusi tarian tradisional dari kaca mata penggiat seni tari Singapura, Cik Som Said dan Dr Muhammad Noramin Mohamed Farid, dibentangkan dalam pameran holografik kuasi tiga dimensi (3D), 'Routes' di Pusat Seni Stamford hingga 12 September ini. BERITA HARIAN melaporkan.




JERIH payah anak seni dalam melestarikan tarian Melayu di samping memburu ilmu yang membawa pada ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Royal Holloway, Universiti London, dapat dirasakan setiap kali berbual dengannya.



Amanah Dr Muhammad Noramin Mohamed Farid yang mengkaji sejarah sosiobudaya tarian Melayu di Nusantara sewaktu tempoh penjajahan dan pascapenjajahan sudah terlaksana dengan ijazah idaman dalam genggaman setelah berjuang empat tahun lamanya.



Beliau adalah penggiat tari Melayu pertama di sini yang meraih PhD dalam satu penjelajahan kajian akademik mengenai tarian.



Lebih menggembirakan buat cendekiawan seni berusia 35 tahun ini adalah apabila beliau terpilih bagi pameran Routes yang menjejak evolusi tarian tradisional pelbagai kaum di Pusat Seni Stamford.



Pameran berupa paparan holografik kuasi (seakan-akan) tiga dimensi (3D) itu dipersembahkan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) sejak 1 Julai lalu hingga 12 September ini dari 9 pagi hingga 10 malam secara percuma.



Melalui penceritaan dan teknologi yang membuatkan anda terasa penggiat tari itu berada di depan mata bersembang dari hati ke hati, anda diajak mengimbas apa yang dikekalkan dan apa yang berubah dalam tarian tradisional Melayu, Cina dan India.



Ketika dihubungi menerusi Zoom, Dr Noramin berkata:



"Alhamdulillah, semuanya diatur dengan baik. Bagi saya, apabila mendapat ijazah PhD, ia ibarat pendakian tinggi yang membawa bersamanya tanggungjawab lebih besar.



"Saya berharap dapat memberikan perspektif akademik saya mengenai tarian Melayu di Singapura apabila diperlukan.



"Hasil persahabatan yang dibina dengan cendekiawan seni lain di Asia Tenggara ini, saya lihat negara lain sudah jauh ke depan dalam mengumpulkan bahan ilmiah mengenai tarian mereka.



"Mudah-mudahan, saya dapat memberikan sudut pandangan lebih kritikal dan terperinci mengenai perkembangan tarian Melayu sebagai satu usaha mengembangkan minat berbincang dan memajukan unsur seni ini lagi."



Dr Noramin yang kini menjadi pensyarah adjung mengenai seni persembahan Asia di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) serta mengendalikan kelas tarian buat pelajar Politeknik Temasek dan Politeknik Singapura, amat kagum dengan teknologi holografik kuasi 3D yang diterapkan dalam Routes.



"Awalnya, saya sangka ia hanya pameran seni tradisional tetapi komponen holografik 3D ini menarik dan kreatif kerana pengunjung akan terasa mereka bersembang dengan penggiat tarian itu sendiri.



"Menyaksikan saya menari dalam bentuk holografik cukup membuka mata tentang impak teknologi yang boleh dimanfaatkan buat seni," jelasnya lagi.



Routes bermakna buat Dr Noramin kerana unsur silang generasi yang disisipkan sebagai mengenang sumbangan jurutari mapan seperti Cik Som Said dan memperlihat potensi tarian trasional berkembang maju hasil kreativiti jurutari muda sepertinya.



"Kerencaman suara penggiat tari daripada generasi berbeza dan pelbagai kaum membuatkan pengunjung akan tertanya-tanya apa lagi yang boleh mereka jangkakan dalam proses pelestarian budaya dan seni itu sendiri," jelasnya.



Tempoh pandemik diambil Dr Noramin sebagai detik refleksi diri dan kerja seni yang dihasilkan. Beliau terlibat dalam pembikinan dokumentari dan berpeluang bersembang dengan pembikin filem bagi mendapatkan pandangan mereka.



"Apa yang saya pelajari dalam empat tahun memburu ijazah PhD adalah ia bukan setakat misi menggenggam sijil idaman malah ia memberi saya ruang intim meninjau nyala rasa saya dan mengatasi apa jua kesulitan yang menjadi penghambat kesenian saya atau proses memburu ilmu," tambahnya.



Daripada kajiannya, Dr Noramin menyedari banyak cebisan sejarah dilupakan. Beliau melihat butiran sejarah mengenai kegiatan seni Melayu di pusat hiburan seperti New World, Happy World dan Gay World yang tidak banyak digali.



"Pendakian ilmu saya juga membuatkan saya fikirkan tentang pedagogi iaitu bagaimana kita mengajar atau belajar seni tari itu sendiri.



"Kita kini mempunyai lima hingga enam generasi penggiat tari. Justeru, bagaimana kita dapat saling memahami dan berkongsi ilmu secara silang generasi?" ujarnya.



Pada masa yang sama, Dr Noramin juga berminat meninjau peranan aplikasi tular TikTok dalam dunia tarian generasi muda.



"Pelajar saya menjadikan TikTok pentas menari. Kita lihat Cabaran Tarian Hari Raya dikenalkan dalam wadah ini. Saya rasa sebagai penggiat tarian, saya juga tidak boleh lepaskan peluang memanfaatkan dan meneroka potensi TikTok dalam memasyarakatkan lagi seni tarian Melayu," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >