SELAMA berbulan-bulan, Cik Ariana Eleana Wan Shahrul Hidhir tidak berganjak mencari kerja dalam industri media walaupun beliau tidak menerima sebarang berita yang memberikan harapan cerah.
Sudah menjadi cita-cita lulusan diploma dalam penerbitan media dan desain dari Politeknik Republic (RP) itu untuk bekerja dalam industri filem sejak kecil lagi kerana beliau minat bercerita menerusi video.