Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Beranikan diri dakapi teknologi perawanan

Lulusan sains politik kini pengarah firma sofwe MNC

Mar 30, 2021 | 05:30 AM

Pengkomputeran awan atau 'cloud computing' semakin digunakan dalam sistem teknologi maklumat (IT). Berdasarkan pencarian kerja dalam gerbang pemadanan kerja, permintaan bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini semakin meningkat. Ia termasuk karyawan Melayu/Islam yang ingin menembusi bidang ini yang melengkapi pengetahuan mereka dengan menyertai kursus-kursus yang tersedia ada. BERITA HARIAN melaporkan.


WALAUPUN tidak mengambil ijazah dalam bidang teknologi maklumat (IT), khususnya pengkomputeran awan atau cloud computing, ia tidak menghalang Cik Malis Selamat dari meneroka kerjaya di dalam bidang tersebut.

Lulusan Sarjana Muda dalam Sains Politik dan Pengajian Eropah ini telah berkecimpung dalam bidang IT sejak 1996 setelah menamatkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kini, Cik Malis, 40-an tahun, memegang jawatan sebagai seorang Pengarah Perniagaan Komersial di sebuah firma sofwe berbilang negara (MNC), VMWare Solutions, di mana antara khidmat yang mereka berikan adalah dalam tekonologi perawanan untuk firma-firma setempat.

Sebagai seorang Pengarah Perniagaan Komersial, beliau bertanggungjawab bagi mengembangkan penggunaan huraian canggih yang ditawarkan firma tersebut dengan beberapa perusahaan di Asia Tenggara dan Korea Selatan.

"Saya bekerja rapat dengan rakan kongsi dan pelanggan kami untuk memahami keperluan perniagaan mereka yang unik, dan membantu mereka memanfaatkan teknologi awan untuk menyesuaikan operasi dan mempercepat pertumbuhan dalam persekitaran digital hari ini.

"Peranan saya ini tidak memerlukan pengetahuan mendalam dalam bidang pengkomputeran awan.

"Dengan itu, saya memerlukan sekurang-kurangnya pengetahuan asas, dan pengetahuan dan kemahiran ini boleh ditimba di tempat kerja," jelasnya.

Menurut Cik Malis, teknologi perawanan secara asasnya ialah sebuah model operasi yang membantu organisasi memberi dan mendapatkan akses secara automatik berdasarkan permintaan infrastruktur dan sumber digital yang ada dengan lancar.

Menceritakan minatnya untuk menceburkan diri di dalam bidang perawanan ini, beliau menjelaskan bahawa ia merupakan satu industri yang dinamik dan menarik yang sentiasa berubah.

"Kunci utamanya adalah untuk dapat memberikan nilai yang tepat kepada pelanggan supaya kita dapat membantu mereka mencapai hasil perniagaan mereka," jelas beliau.

Dengan industri yang sedang berkembang pantas ini, Cik Malis berpendapat firma-firma dan juga warga setempat harus mengambil peluang untuk mendakap perkembangan ini.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat banyak peluang kerjaya di dalam bidang ini yang tidak memerlukan ijazah khusus bidang tersebut.

"Saya rasa terdapat banyak peluang yang boleh diterokai dalam bidang teknologi perawanan ini.

"Dengan lebih banyak perusahaan yang menggunakan teknologi digital, permintaan untuk pengalaman digital yang selamat sedang meningkat.

"Kita akan kehilangan sebahagian dari pertumbuhan ini jika kita sebagai sebuah masyarakat tidak memanfaatkan potensi ini," ujar ibu kepada dua anak gadis remaja itu.

Dengan itu, Cik Malis sangat mengalu-alukan lebih ramai masyarakat Melayu untuk menceburkan diri di dalam sektor ini.

"Penting sekali untuk memahami bahawa terdapat banyak jawatan dan peluang di dalam bidang ini," nasihatnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3