Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Walau pasaran kecil, bakat SG hasilkan lagu

Lupus tidak luput impian miliki lagu duet

Persada seni muzik Melayu di Singapura kecil dan memerlukan bakat setempat saling berkongsi sumber dan memperkasa satu sama lain. BERITA HARIAN melaporkan kisah bagaimana dua penyanyi lebih berpengalaman membantu bakat lain yang baru bertapak dalam bidang seni mencapai impian mereka.
Nov 27, 2020 | 05:30 AM



LEBIH sedekad lamanya bakat setempat Fauzianna Shamsudin dikesan menghidap penyakit autoimun lupus.



Sel darah putih menyerang bahagian utama tubuhnya seperti jantung, otak, paru-paru dan ginjal.



Namun, dirinya meminati seni persembahan malah menyertai peraduan menyanyi di sekolah.



Tidak diduga setelah lama memendam bakatnya, Fauzianna, 29 tahun, seorang eksekutif, berpeluang merakam 'single' pertamanya, Mana Sayang Mana Rindu, baru-baru ini.



'Single' tersebut merupakan lagu duet bersama penyanyi Singapura yang sudah merakam beberapa 'single' sebelum ini, Ridwan Salim, 36 tahun, juga pekerja pengiriman dan usahawan.



Bagaimana lagu ini memberi harapan baru buat Fauzianna dan apakah yang membuatkan Ridwan tekun ingin membantu rakannya itu kembangkan bakat menyanyi?



Ikuti wawancara bersama mereka.



Soalan (S): Bagaimana kerjasama ini terjalin?



Ridwan (R): Dari dulu saya memang meminati lagu duet rancak Siti Nordiana dan Allahyarham Achik Spin seperti Mainan Cinta.



Dalam hati, keinginan merakam duet sedih itu ada tetapi saya bimbang lagu sebegini dianggap sudah ketinggalan zaman kerana ramai sudah menghasilkannya.



Justeru itu, saya ingin cetuskan kelainan menerusi lagu lebih moden persis dendangan Azzara Band dan Beby Echa atau lagu artis tempatan Ryan Sufiyan dan isterinya Raudah, Anomali.



Beginilah trend muzik sekarang yang ingin saya terokai. Alhamdulillah, dalam mencari penyanyi yang sesuai, saya temui Fauzianna yang sudi menerima tawaran menyanyi bersama.



Lagu ini dihasilkan dalam tempoh seminggu. Saya adalah penggubah lagu dan pencipta liriknya.



Abang Bob daripada GuzzBuzz Productions, seorang karyawan muzik yang memahami rentak dan nada yang saya inginkan banyak membantu menyusun lagu ini kembali.



S: Apakah pandangan tentang kerjasama yang terhasil?



Fauzianna (F): Ia pengalaman yang menarik dan unik. Dari segi proses merancang hingga rakaman, saya banyak belajar tentang ilmu muzik.



Terima kasih kepada Ridwan dan Abang Bob atas tunjuk ajar mereka.



S: Apakah pengertian 'Mana Sayang Mana Rindu' buat anda?



R: Lagu ini adalah seperti satu sesi soal jawab di mana si wanita yang rasa tidak yakin pada dirinya sendiri kerap bertanyakan tentang kesetiaan, janji dan rindu terhadap lelaki dalam hubungan ini.



Lelaki itu bagaimanapun memberi jaminan perkara yang dikhuatiri si wanita akan tetapi dimiliki. Lelaki itu juga tidak akan berubah hati walau sedikit pun meskipun mereka jarang bertemu dan berhubung seperti dahulu.



F: Saya kira situasi dalam lagu ini boleh dikaitkan dengan ramai pendengar khususnya wanita.



Perselisihan faham, rasa cemburu, marah-marah sayang - semuanya perkara biasa bagi sesiapa yang mempunyai pasangan.



Lagi-lagi dalam tempoh wabak Covid-19 di mana pemutus rantaian jangkitan Covid-19 mencetus rasa rindu dan sepi kerana tidak dapat melihat satu sama lain.



Pada akhirnya, bagaimana kita mengatasi masalah agar dapat berbaik semula adalah perkara mustahak.



S: Boleh ceritakan tentang kondisi anda sebagai pesakit lupus?



F: Pada usia 16 tahun, doktor mengesan saya sebagai pesakit lupus. Semasa itu, saya sedang menduduki peperiksaan.



Suatu pagi, saya tidak dapat bangun dari katil kerana semua sendi bengkak. Terasa kaku, sakit dengan setiap pergerakan terasa denyutannya. Paru-paru juga bengkak. Payah menarik nafas panjang dan dalam.



Lama-kelamaan, otak, ginjal, rambut dan jantung saya juga terjejas. Tiada penawar buat penyakit ini. Saya hanya perlu terus makan ubat.



Daya tahan saya lemah dan mudah diserang virus.



Mulanya, saya banyak terjejas dengan kondisi ini. Namun, saya lebih berdikari dan buat segalanya sendiri.



Apabila sendi saya bengkak, pergerakan saya juga terjejas. Perkara mudah seperti memusingkan tombol pintu, menyalin baju, mengunyah makanan dan menarik nafas pun timbulkan kesukaran buat saya.



Saya terasa seperti orang yang tidak berguna. Namun, kerana saya kuat semangat dan agak degil, saya ingin buat segalanya sendiri.



Hari demi hari, saya menyesuaikan diri saya. Alhamdulillah.



S: Bagaimana anda wujudkan semangat positif?



F: Menerusi dorongan keluarga dan kawan, saya kembali positif. Walaupun mereka tidak begitu memahami kondisi saya, mereka tidak menilai saya.



Saya juga berazam kuat ingin buktikan kepada golongan kaki buli di luar sana bahawa walaupun saya dilanda lupus, saya tidak akan putus asa. Apa sahaja yang boleh mereka buat, saya boleh buat juga.



S: Bagaimana anda perkasa diri Fauzianna?



R: Saya hargai pengorbanannya. Sebelum ini, beliau menolak tawaran saya menyanyikan lagu Hilang Arahku yang kemudian didendangkan Niq Bazlee kerana masalah kesihatan.



Dengan lagu ini, saya harap ia memberi semangat buatnya meneruskan minatnya. Beliau miliki aura yang menceriakan keadaan dan berani. Suaranya juga diidamkan ramai wanita.



Pada akhirnya, kami sama-sama belajar erti kesabaran, ketekunan dan menjalin hubungan profesional. Kalau ada yang merasakan kami pasangan kekasih hanya kerana berduet, ia tidak benar.



Sambil saya membimbingnya, beliau juga mengajar saya erti kecekalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >