Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-MA’ARIF

Bangunan Madrasah Al-Ma'arif bakal dicat semula

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



PADA tahun ini, Madrasah Al-Ma'arif akan melakukan kerja-kerja mengecat keseluruhan bangunan dan kalis air dalam usaha memelihara bangunan madrasah tersebut.



Menjelaskan mengenai keperluan dana bagi meningkatkan prasarana madrasah, Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma'arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, berkata:



"Sudah tiba masanya bangunan madrasah dicat semula bagi menceriakan kembali suasana dan pemandangan di sini.''



Menurut beliau, pihak madrasah memerlukan anggaran dana sejumlah $200,000 untuk tahun ini bagi tujuan mengecat seluruh bangunan madrasah dan membuat kalis air atau 'waterproofing'."



Kali terakhir kerja-kerja mengecat bangunan sekolah dijalankan adalah pada 2016.



"Oleh sebab itu, keadaan cat bangunan sudah pun semakin lusuh, terutama di bilik darjah peringkat rendah, dimana cat dindingnya sudah banyak yang terkopak.



"Justeru, kerja-kerja 'waterproofing' adalah sangat penting bagi memastikan air hujan tidak dapat tembus ke tembok dinding. Berdasarkan pemeriksaan pada tahun ini, kami mendapati sebahagian bilik-bilik darjah telah ditembusi air apabila hujan lebat.



"Malah, terdapat sebuah sudut di bilik darjah yang sering bertakung dengan air. Jadi, kami terpaksa mengarahkan kerja-kerja pembaikan sementara kerana pelajar masih berada dalam sesi persekolahan. Insya-Allah, apabila tiba musim cuti sekolah nanti, kami akan membuat kerja-kerja pengubahsuaian yang penting dan utama,'' ujar Cik Siti Radhiyah.



Selain mengecat dan 'waterproofing' madrasah, banyak pengubahsuaian yang ingin dilakukan seperti menaik taraf semua tandas yang mengalami kerosakan di setiap kubikel sehingga menyebabkan tandas tersumbat.



Penyenggaraan lain juga ingin dilakukan terhadap sistem seperti alat hawa dingin, lif, elektrik, kantin dan sebagainya.



Buat masa ini, madrasah hanya dapat melaksanakan pengubahsuaian yang minimum atas sebab waktu kerja pembaikan boleh dilakukan hanya pada waktu cuti sekolah sahaja agar tidak mengganggu waktu pembelajaran para pelajar.



Sebagai sebuah pusat pembelajaran Islam yang mementingkan kebajikan, Madrasah Al-Ma'arif Al- Islamiah mengutamakan keselesaan para pelajar demi membantu mereka menuntut ilmu dengan sempurna.



Sehubungan dengan itu, Madrasah Al- Ma'arif sangat mengharapkan sokongan daripada masyarakat, khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini untuk membantu meringankan segala kesulitan yang dialami.




IKHLAS MENDERMA



Madrasah Al- Ma'arif turut menerima zakat harta, fidyah dan derma pada bulan Ramadan ini.



Anda boleh menghulurkan derma dengan cara yang berikut:



  • Langsung ke pejabat madrasah di No.3 Lorong 39 Geylang S387865, Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi-4.00 petang (Pembayaran boleh dibuat secara tunai &NETS)

  • Cek atas nama ' Madrasah Al Maarif Al Islamiah' dan pos ke alamat madrasah.

  • PayNow : UEN S36MM0001G, Ref: (derma/zakat/fidyah & nombor telefon) (Tangkap skrin sesudah transaksi dan hantar ke 91824766 berserta nama dan jenis sumbangan.)

  • Perbankan internet: OCBC Current 507018232001. Ref: (derma/zakat/fidyah & hp no.) (Tangkap skrin (screenshot) sesudah transaksi dan hantar ke 91824766 berserta nama dan jenis sumbangan.

  • Derma Dari Rumah: WhatsApp ke talian 91824766 (berikan nama, alamat, jenis dan jumlah sumbangan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >