Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Mahasiswa NIE lancar 3 buku himpunan prosa, puisi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

Mahasiswa NIE lancar 3 buku himpunan prosa, puisi

Nov 04, 2021 | 05:30 AM

SEKUMPULAN mahasiswa Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang menamakan diri mereka 'Kalimah Baiduri' berjaya melancarkan tiga buku himpunan prosa dan puisi.

Mereka bernaung di bawah Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU/NIE (Perbayu) sebagai sayap yang menggerakkan kegiatan bahasa dan sastera.

Penerbitan buku tiga siri ini berjudul Ada Alam Bersembunyi dalam Dirimu, Singkap Alam dalam Kelam, dan Aku dan Kamu, Alam Bertemu.

Majlis Pelancaran Siri Alam Baiduri bagi buku-buku Kalimah Baiduri itu dirasmikan oleh tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, baru-baru ini.

Menurut salah seorang penyunting buku ini, Cik Afiqah Hassan, majlis diadakan secara tertutup di kampus disebabkan keadaan Covid-19.

Majlis perasmian buku tiga siri dihadiri oleh pensyarah, Profesor Madya Mohd Mukhlis Abu Bakar dan Dr Sa'eda Buang.

Acara deklamasi sajak dan tarian dipersembahkan oleh pelajar NIE.

Sesi forum mini turut menampilkan Dr Sa'eda Buang dan juga Dr Aidil Subhan Mohd Sulor, menerusi rakaman video.

"Forum tersebut membincangkan tentang langkah selanjutnya bagi Kalimah Baiduri menghidupkan kegiatan bahasa dan sastera dalam kalangan penuntut universiti dan golongan masyarakat Melayu Singapura."

Penyelenggara dan Ketua Penyunting buku tiga siri ini, Encik Muhammad Khairool Haque, berkata buku tiga siri terbitan Kalimah Baiduri memuatkan 88 naskhah hasil penulisan mahasiswa NTU dan NIE beliau selenggara. Beliau mengetuai sidang penyunting bagi buku-buku ini bersama Cik Afiqah Hassan, Encik Fadhli Fadzil dan Cik Nurain Abdul Raheem.

Mereka merupakan mahasiswa NIE dalam bidang Bahasa Melayu dan Sastera.

Tiga buku itu berlandaskan tiga dimensi iaitu alam peribadi, alam maya dan alam sosial. Secara berkumpulan, Kalimah Baiduri berharap hasil penulisan mereka itu dapat menjadi bacaan yang mesra dengan pengalaman serta cabaran generasi masa kini.

Terdapat juga beberapa ilustrasi menarik yang mencoretkan peristiwa dalam buku tiga siri tersebut hasil kreativiti Encik Fadhli Fadzil, Cik Nur Diyanah Dali, Cik Afiqah Hassan, dan Cik Maisarah Abdul Latiff.

Kalimah Baiduri juga melestarikan kembali tulisan Jawi dengan memuatkan transliterasi Jawi dalam setiap karya buku itu.

Usaha transliterasi Jawi dalam antologi puisi dilakukan oleh mahasiswa NIE iaitu Encik Fadhli Fadzil, Encik Muhammad Khairool Haque, Cik Wan Nur Raudhah Sidin Yamin, Cik Nur Diyanah Dali, dan Cik Nur Shafizah Johan.

Ia disemak semula oleh pendidik dan pengkaji tulisan Jawi, Dr Hirman Mohamed Khamis.

Bak pepatah Melayu tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, Kalimah Baiduri berharap dapat membina apresiasi terhadap tulisan Jawi sebagai langkah menghargai khazanah bangsa.

Pada awalnya, Kalimah Baiduri baru ditubuhkan pada 2018 dan dikenali sebagai Kumpulan Karyawan Melayu NTU-NIE (KKMNN).

Kemudian, ia ditukar dengan adanya peralihan dari segi jawatankuasa.

Kumpulan bahasa itu diterajui tiga mahasiswa dari NIE, iaitu Cik Siti Sabarina Jaini; Cik Wan Nur Raudhah Sidin Yamin, dan Cik Shafizah Johan, serta dianggotai oleh 10 mahasiswa dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Kalimah Baiduri mula bertapak dengan penganjuran lima sesi bengkel di bawah bimbingan penulis muda Encik Muhammad Khairool Haque.

Anggota kumpulan Kalimah Baiduri juga giat menganjurkan sesi perbincangan tentang karya sastera dan isu sosial.

Kalimah Baiduri juga telah berjaya menjalankan acara Malam Sulam Kalam, iaitu acara Malam Sastera Perbayu.

Pelbagai kegiatan bahasa seperti pendeklamasian sajak, persembahan dikir barat dan sesi nyanyian ditonjolkan secara dalam talian.

Acara tersebut dijalankan 25 September lalu sempena Bulan Bahasa dengan sokongan PA Mesra, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu ( MLLPC) dan badan lain.

Jika anda minat dan ingin membeli buku siri tiga Kalimah Baiduri ini, anda boleh lungsuri laman tinyurl.com/SiriAlamBaiduri atau mendapatkannya daripada kedai buku dalam talian, Nurul Anwar Bookstore.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3