Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mahu dedahkan muzik Pop Yeh Yeh kepada pendengar milenial

Nov 06, 2020 | 05:30 AM



APABILA Muhammad Hyqal Mohd Azman melihat pak cik dan mak cik mengangguk kepala sambil menikmati irama lagu 1960-an, ia memberi ilham kepadanya mencipta lagu berdasarkan muzik sekitaran zaman The Beatles dahulu.



Meskipun beliau, yang berusia 26 tahun, dahulu membesar dengan mendengar lagu Pop Punk seperti daripada kumpulan All Time Low dan Blink 182, pemimpin kumpulan The Purnama's itu kini ingin mendalami dunia muzik Pop Yeh Yeh dan mendedahkannya kepada pendengar milenial.



Bahkan jika anda mendengar lagu kumpulan tiga belia itu di Spotify, mungkin anda bakal terperanjat sambil berkata, "ini macam Hawai Five-O" tapi tarikh penerbitannya 2019?



Dengan itu, Muhammad Hyqal, vokalis dan juga pemain gitar rancak The Purnama's berkata:



"Kami dapat ilham melihat orang membesar pada zaman 1960-an itu dan berusia lagi tua yang gemar menikmati irama lagu-lagu yang membawa nostalgia pada zaman kegemilangan mereka dahulu.



"Macam best gitu kita dapat lihat pak cik dengan mak cik menari mendengar lagu seperti ini jadi saya memutuskan mendalami jenis muzik ini agar kami dapat menyebarkannya kepada orang ramai sambil kami menambah sedikit elemen punkrock yang kami gemari sejak remaja," katanya lagi.



Mereka mendapat ilham daripada pelbagai artis terdahulu seperti P. Ramlee, A. Ramlie, Jeffrydin dan S. Jibeng. Selain artis tersebut, kugiran, atau 'kumpulan gitar rancak' Pop Yeh Yeh moden dari Malaysia yang telah kian berkembang dan menjadi daya tarikan orang ramai bernama Masdo turut digelar sebagai pengaruh terdekat bagi mereka.



Bagi menghasilkan dua single mereka, Dia - yang kini telah menerima seramai sekitar 11,000 pendengar di Spotify - dan Mas Ayu, kumpulan The Purnama's telah mendapatkan nasihat dan kepimpinan kumpulan rock n' roll tempatan, The Pinholes, dan kugiran Pop Yeh Yeh, The Rhythm Brothers (pelapis kumpulan The Rhythm Boys) sejak ia ditubuhkan pada 2017.



Ini termasuk mempelajari menggunakan alat kesan bunyian tape echo - yang telah dibina khusus oleh seorang anggota daripada kumpulan 1960-an itu - untuk menampilkan bunyi gitar dan bes seolah-olah pada zaman itu.



Malah, pemain gitar utama The Purnama's, Farhan Azizhan yang dikenali sebagai Baban, 26 tahun, turut terpaksa mempelajari semula cara bermain gitar untuk menampilkan gaya Pop Yeh Yeh itu.



"Sewaktu kami pelajari semula caranya membawa lagu ala Pop Yeh Yeh ini, kami dapati ia bukan mudah meskipun pada zaman dahulu peralatan muzik tidak secanggih sekarang.



"Saya telah mendengar dengan teliti, bentuk bunyian gitar yang dimain dalam album-album lama daripada P. Ramlee, A. Ramlie, Jeffrydin dan S. Jibeng.



Pemain bes The Purnama's, Mohamed Shafiq Roslan pula berkata selain mendengar corak permainan alat muzik dalam lagu Pop Yeh Yeh, ia turut penting mempertimbangkan budaya dan sekitaran jeniz muzik itu.



"Daripada sudut vokal, ia harus menampilkan nilai seolah-olah kami sedang bertenang 'di udara', dentam- dentum bes harus menarik dan dipenuhi melodi, dan gitar pula harus nyaring dan bergema," jelasnya.



Sejak 2018, The Purnama's telah giat menampilkan pelbagai persembahan di Singapura bahkan pernah berkerjasama dengan artis terkenal lain seperti penyanyi veteran Junainah M. Amin dan kumpulan Nuradee.



Mereka juga pernah diajak ke negara kejiranan untuk menampilkan beberapa persembahan.



Tanpa lelah, mereka sedang mengusahakan penghasilan beberapa lagu baru sambil setiap mereka turut dicabar pandemik Covid-19.



"Namun saya kira, bermain lagu seperti ini membuat kami semua mengundur beberapa langkah ke belakang daripada kerisauan keadaan semasa, sambil kita tersenyum mengangguk kepala sambil mendengar lagu-lagu berbunyi nostalgia ini," kata Muhammad Hyqal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >