Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mahu jadi masjid mesra demensia

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



UNTUK khidmat peringkat nasional bagi masyarakat berbilang agama pula, Masjid Hussain Sulaiman (MHS) bersama Masjid Ar-Raudhah sedang berada dalam proses untuk mendaftar sebagai 'masjid yang mesra demensia'.



Sebagai pengukuhan, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pentadbir MHS, Ustaz Ali Atan, berkata para pegawainya telah menghadiri taklimat Pegawai Agensi Penjagaan Bersepadu dan akan menjalani latihan sebelum diiktiraf sebagai 'Dementia Go To Point Centre'.



"Dengan izin Allah, saya yakin dengan potensi besar dan semangat gotong-royong yang tinggi dalam diri ahli Lembaga Pentadbir Masjid, staf dan para sukarelawan.



"Semoga kami dapat bersama-sama membangunkan Masjid Hussain Sulaiman yang lebih cemerlang, canggih dan mesra jemaah serta masyarakat berbilang agama,'' kata Ustaz Ali.



Beliau berkata MHS mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan ke peringkat yang lebih tinggi.



Sebagai pengerusi baru, beliau ingin bekerjasama dengan semua pihak untuk menjayakan pengurusan dan program di MHS daripada aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, penyelenggaraan program, pengurusan ahli lembaga pentadbir, sukarelawan serta penjagaan jemaah dan masyarakat termasuk masyarakat berbilang agama.



Selain menjadi Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah sejak 1 Julai 2020, Ustaz Ali diberi amanah sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) MHS bermula 1 Ogos 2021 bagi penggal 2021 hingga 2024.



Bercakap tentang perancangan untuk menaik dan mengimarahkan MHS, Ustaz Ali menerangkan:



"Setelah sesi taaruf dan perbincangan, kami mengadakan muhasabah melalui analisis SWOT iaitu untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran-cabaran masjid."



Menurut Ustaz Ali lagi, pihaknya dalam proses perbincangan untuk melakar visi, misi dan pelan strategik masjid bagi tiga tahun (2021-2024) dan satu tahun Pelan Bertindak berdasarkan Pelan Induk Konvensyen Masjid 2018, selaras dengan Pelan Tiga tahun Kelompok Barat Masjid 2021-2024.



"Visi Konvensyen Masjid 2018 adalah mewujudkan masjid yang memenuhi keperluan semua segmen masyarakat Islam dan bekerjasama dengan masyarakat Singapura yang lebih besar bagi mengukuhkan perpaduan sosial, bekerjasama mengoptimumkan sumber dan keupayaan demi faedah yang lebih besar kepada masyarakat," ujarnya.



MHS juga tidak melepaskan peluang melangsungkan kerjasama dengan pihak luar bagi meningkatkan keupayaan masjid.



Tambah Ustaz Ali:



"Selain meningkatkan program masjid yang sedia ada, MHS juga melakukan kerjasama dengan Masjid Ar-Raudhah untuk mengadakan Majlis Khatam Al-Quran melalui alam maya, yang menyaksikan seramai lebih 90 orang peserta mengambil bahagian dalam acara ini.



"Bagi mengimarahkan solat Jumaat, MHS turut menjadi masjid selamat di kelompok masjid barat dengan mengadakan dua zon untuk para jemaah menunaikan solat Jumaat.



"Insya-Allah, MHS juga bersedia untuk membuka zon bagi 100 jemaah solat bagi setiap zon."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >