Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

MAI persiap pelajar guna teknologi bijak bernafas etika Islam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
0

Pembukaan Rasmi Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah ~ Memupuk Insan yang Bertakwa, Berilmu dan Pemimpin yang Berjiwa Rahmah

MAI persiap pelajar guna teknologi bijak bernafas etika Islam

Nov 27, 2021 | 05:30 AM

MESEJ DARIPADA PENGETUA

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah. Segala puji bagi-Nya, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam juga kepada Nabi Muhammad saw, keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikutinya sehingga Hari Penentuan. Ameen.

Dengan lebih 90 tahun lalu, seorang dermawan Arab, Sheikh Omar Abdullah Bamadhaj, mendapat ilham daripada Allah swt untuk membina sebuah madrasah bersebelahan Masjid Haji Yusof di Hillside Drive yang dinamakan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) setelah siap dibina. Kami bersyukur kepada Allah swt atas rahmat-Nya ke atas MAI yang memberi kami peluang untuk menyambut 75 tahun kegemilangan sejak ia didaftarkan pada Ogos 1946.

Kewujudan MAI hari ini dan dengan adanya kampus baru kami terletak di 3 Lorong 6 Toa Payoh merupakan satu testimoni tekad dan sokongan masyarakat yang diterima - sama ada melalui individu atau pertubuhan yang telah tampil ke hadapan bersama kami dan berkongsi harapan dalam membentuk generasi masa depan masyarakat Muslim Singapura.

Ini merupakan antara sebab institusi berteraskan Islam seperti MAI kekal beroperasi dan dapat terus memupuk nilai dan tradisi Islam ke dalam pembentukan jati diri anak muda kita.

Pada hari pertama persekolahan tahun lalu pada 2020, kami telah menganjurkan 'Hijrah Walk' dari kampus lama ke kampus baru. Perjalanan itu bukan hanya sebagai satu lambang peghijrahan fizikal tetapi juga untuk membangkitkan semangat hijrah. Sepertimana dalam sejarah, penghijrahan dari Makkah ke Madinah telah memberi ruang bagi Islam untuk berkembang, kami juga berharap para pelajar MAI dapat maju secara rohani dan terus cekal serta mampu menggunakan apa yang dipelajari untuk memberi kesan positif dalam masyarakat.

Nampaknya, MAI berada di jalan yang betul.Tahun demi tahun, MAI telah membina reputasi sebagai sebuah madrasah yang membekalkan pelajar dengan dasar dan pembelajaran akademik yang kukuh. Para pelajar MAI terus menunjukkan prestasi hebat dan cemerlang dalam kedua-dua jurusan akademik dan bukan akademik. Contohnya dalam peperiksaan GCE peringkat 'O', para pelajar MAI secara konsisten telah merangkul tiga tempat terbaik bagi pelajar madrasah selama empat tahun berturut-turut.

Untuk aktiviti ko-kurikular atau CCA pula, pasukan memanah MAI telah membanggakan madrasah apabila meraih pingat emas bagi Kategori 'C' Recurve Lelaki di Peraduan Memanah Kebangsaan Antara Sekolah baru-baru ini.

Usaha dan inisiatif MAI di dalam pendidikan alam beserta kepimpinan yang ditunjukkan oleh Kelab Hijau MAI juga diiktiraf apabila mereka dianugerahkan Vanda Miss Joaquim Sustained Achievement Award kerana menganjurkan kelestarian alam sekitar di madrasah melalui program 'Recycle with Rahmah'. MAI juga menduduki antara tempat tertinggi dalam senarai Cabaran E-Sisa SEC-Starhub dengan pengumpulan e-sisa hampir 1 ton.

Para pelajar MAI juga telah dipilih untuk menyertai program-program belia yang masyhur di dalam dan luar negara, seperti Program Penyelidikan Belia IBN A* Star dan Program Harvard Model Congress Asia.

Contoh-contoh di atas merupakan bukti pendekatan pendidikan menyeluruh MAI, bersama kepercayaan bahawa setiap pelajar itu mempunyai keupayaan tersendiri untuk mencapai kecemerlangan, telah membolehkan masyarakat yang cemerlang untuk terus berkembang dalam komuniti MAI.

Dengan pembukaan rasmi kampus baru MAI pada tahun ini, kami juga menyambut permulaan yang baru bagi madrasah ini. Kami berharap dengan kemudahan dan prasarana yang baru, para asatizah dan pelajar MAI dapat belajar dengan pedagogi yang baru serta dapat terus untuk mempertingkatan pembelajaran mereka.

Kami berharap untuk meneroka pendekatan-pendekatan lain dalam beberapa tahun akan datang, seperti penggunaan e-pedagogi dalam kaedah pembelajaran kami. Situasi COVID-19 dan Revolusi Perindustrian Keempat kini telah mengajar kami bahawa pembelajaran dan aktiviti dalam bilik darjah perlu dipraktikkan dengan cara yang berlainan daripada dulu. Kami juga bertujuan untuk menerapkan iSTEM (Islam dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematiks) dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di madrasah dalam usaha untuk menyediakan persekitaran yang berpusatkan pelajar dan kolaboratif - meletakkan fokus pada pembangunan para pelajar dan guru-guru di MAI.

Ini merupakan contoh inisiatif madrasah untuk menyiapkan pelajar MAI sedia masa depan, serta mampu melengkapkan diri dengan kemahiran dan pemikiran yang bukan hanya cekap menggunakan teknologi bijak malah bernafaskan etika Islam, insya-Allah.''

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3