Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TOKO WARISAN

Makanan sejuk beku cepat disediakan untuk berbuka atau bersahur

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



MUDAH dan ringkas. Hanya panaskan sahaja di dalam ketuhar gelombang mikro dan lauk-pauk masakan Melayu dan India daripada Siri Warong Warisan sedia dimakan - sesuai bagi yang bekerja dari rumah ataupun untuk jamuan berbuka puasa tidak lama lagi.



Produk sedia dimakan, atau ready to eat (RTE), ini merupakan keluaran terbaru Toko Warisan Trading - Halal Frozen. Menurut Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Toko Warisan Trading - Halal Frozen, Cik Nursa'idah Mohtar, syarikatnya mendapat inspirasi menyediakan makanan sejuk beku ini daripada penjaja di sini.



Halal Frozen adalah antara rangkaian kedai yang membekalkan makanan sejuk beku yang halal di Singapura. Dengan cogan kata 'Halalan Thoyyiban', syarikat ini memastikan setiap produk yang dibekalkan halal lagi baik untuk semua menikmatinya.



Melihat keadaan semasa, dengan ramai yang bekerja dari rumah, syarikat ini terpanggil untuk menghasilkan produk sedia dimakan - Siri Warong Warisan. Sajian yang dipilih merupakan yang biasa dinikmati di pusat-pusat penjaja.



Antara juadah masakan Melayu daripada siri ini termasuklah Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Sambal Goreng Pengantin, Ayam Lemak Cili Padi dan Rawon Daging. Antara juadah masakan India yang tersedia pula ialah Beef Keema, Butter Chicken, Spicy Beef Masala, Mutton Dalcha dan Kari Ayam.



"Kami mendapat inspirasi daripada suasana pusat penjaja makanan, dengan sebelum pandemik Covid-19, kita dapat lihat suasana keluarga meluangkan masa makan bersama-sama di luar, dengan pelbagai pilihan aneka juadah. Keadaan pandemik yang kita lalui, membuatkan suasana ini tidak lagi kelihatan. Oleh itu, kami terfikir mahu membawa suasana tersebut ke dalam rumah, dengan persiapan yang amat minimum. Ini membolehkan keluarga meluangkan masa bersama, melakukan pelbagai kegiatan lain, sekali gus menjimatkan masa dalam proses menyediakan juadah," jelas Cik Nursa'idah.



Beliau juga berkata lauk-pauk yang mudah disiapkan ini merupakan penyelamat pada waktu kehadiran tetamu yang datang saat-saat akhir.



Katanya:



"Ia (juadah siap dimakan) ini amat membantu, apabila kita menerima kehadiran tetamu secara mengejut. Tanpa perlu tergesa-gesa membuat persiapan untuk memasak juadah istimewa. Masa yang ada, dapat kita manfaatkan untuk melayan tetamu yang berkunjung dan beramah mesra dengan mereka. Mudah, ringkas dan menjimatkan masa. Itu yang menjadi kayu ukur kami, dalam proses mengeluarkan Siri Warong Warisan ini."



Bagi mencapai matlamat ini, syarikat ini memastikan setiap proses, daripada penyelidikan, pemilihan resipi, penyediaan dan pembungkusannya, mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).



"Harapan kami, juadah daripada Siri Warong Warisan ini dapat mengeratkan lagi ikatan dan hubungan kekeluargaan melalui juadah yang dihidangkan," kongsinya lagi.



Produk sedia dimakan ini boleh dibeli di kedai-kedai Toko Warisan Trading - Halal Frozen atau secara dalam talian di https://tokowarisan.sg/




"Kami mendapat inspirasi daripada suasana pusat penjaja makanan, dengan sebelum pandemik Covid-19, kita dapat lihat suasana keluarga meluangkan masa makan bersama-sama di luar, dengan pelbagai pilihan aneka juadah. Keadaan pandemik yang kita lalui, membuatkan suasana ini tidak lagi kelihatan. Oleh itu, kami terfikir mahu membawa suasana tersebut ke dalam rumah, dengan persiapan yang amat minimum. Ini membolehkan keluarga meluangkan masa bersama, melakukan pelbagai kegiatan lain, sekali gus menjimatkan masa dalam proses menyediakan juadah."
- Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Toko Warisan Trading - Halal Frozen, Cik Nursa'idah Mohtar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >