Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Makkah pernah ditutup beberapa kali

Mar 16, 2020 | 05:30 AM



MAKKAH pernah ditutup beberapa kali berikutan beberapa peristiwa hingga pernah membawa kepada larangan melakukan haji dan umrah.



Berikutan antara kejadian itu.



865 Masihi



Seorang lelaki bernama Ismail ibn Yusuf Al-Alawi membunuh ribuan jemaah beramai-ramai. Kejadian itu membawa kepada penutupan kawasan Makkah dan Madinah.



930 Masihi



Abu Thahir al-Qaramithi daripada golongan Syiah Ismailiyyah datang ke Makkah dan membunuh jemaah haji yang sedang beribadah.



Batu hajar aswad juga dicuri dan dikembalikan semula hanya setelah 22 tahun disimpan di daerah Hajr.



983 Masihi



Berlaku perselisihan antara Bani Abbas dan Bani 'Abid. Selama 8 tahun Muslimin dari Iraq dilarang melaksanakan ibadah haji.



1257 Masihi



Pada tahun ini semua penduduk Hijaz tidak dibenarkan mengerjakan haji.



1258 Masihi



Berlaku serangan oleh tentera Mongolia ke atas pusat pemerintahan Islam di Baghdad, Iraq. Mereka membunuh dua juta orang, membuang banyak buku ke dalam sungai dan membunuh khalifah.



Kekacauan tersebut menyebabkan umat Islam takut untuk pergi mengerjakan haji kerana takut dibunuh.



1814 Masihi



Kawasan Makkah ditutup kerana wabak taun, atau kolera, iaitu penyakit berjangkit yang menyebabkan penghidapnya muntah-muntah dan selalu buang air.



Lebih kurang 8,000 orang meninggal dunia disebabkan wabak ini.



1831 Masihi



Terjadi wabak Hindi yang dipercayai berpunca dari India yang akhirnya membunuh tigha suku jemaah haji tahun ini.



1837 Masihi



Kawasan Makkah ditutup dan haji tidak dijalankan selama tiga tahun kerana penyakit berjangkit/epidemik.



1846 Masihi



Wabak taun menyerang pada tahun ini. Ibadah haji dan umrah dihentikan.



1858 Masihi



Berlaku penyebaran penyakit berjangkit teruk hingga penduduk Hijaz berhijrah ke Mesir untuk menyelamatkan diri. Pusat kuarantin dibangunkan di Bi'r Anbar di Mesir bagi mengawal jangkitan.



1864 Masihi



Lebih kurang 1,000 jemaah haji meninggal dunia setiap hari kerana wabak. Kerajaan Mesir bertungkus lumus menghantar doktor ke sana dan membangunkan pusat kuarantin di sekitar Makkah dan Madinah bagi membendungnya.



1892 Masihi



Wabak kolera menyerang dan menyebabkan kematian ribuan jemaah haji. Kematian bertambah di Arafah dan Mina. Dilaporkan bahawa keadaan begitu teruk hingga mayat bertimbun-timbun sebelum dapat dikebumikan.



1987 Masihi



Lebih 10,000 orang terkena jangkitan meningitis (radang) hingga dan memberi kesan terhadap ibadah umrah dan haji. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >