Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PENINGKATAN TENTERA RUSSIA DI SEMPADAN UKRAINE

Maklumat risikan tunjuk 175,000 askar Russia siap untuk serang Ukraine

Biden bincang dengan Putin dalam usaha redakan ketegangan
Dec 15, 2021 | 05:30 AM



DUA minggu pertama Disember ini menjadi detik paling getir buat Ukraine setelah Russia dilihat galak mempersiap pasukan tenteranya bagi menyerang negara itu.



Menyedari ketegangan politik mampu menggugat kestabilan rantau itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, secara maya selama dua jam pada 7 Disember lalu.



Ini menyusuli maklumat risikan yang diterima Amerika - dan dikongsi dengan sekutu Eropah - yang mendedahkan persediaan kumpulan tentera Russia menyerang Ukraine.



Difahamkan, serangan besar-besaran sedang dirancang terhadap Ukraine selepas mendapat arahan Presiden Russia, Encik Putin.



Akhbar The Washington Post melaporkan pada 3 Disember lalu, Russia dijangka mengerahkan 175,000 tentera bagi menceroboh Ukraine tahun depan.



Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Oleksiy Reznikov, pula ditukil agensi berita AFP keesokannya sebagai menyatakan, Russia dijangka mengerahkan sekitar 100,000 tentera berdekatan sempadan.



AS sebelum ini menerima maklumat kumpulan taktikal Russia sudah pun berada pada kedudukan strategik dan sebarang serangan akan dibantu oleh sokongan udara.



Keadaan ini benar-benar menimbulkan keprihatinan Amerika yang menyaksikan Encik Biden "menyuarakan kebimbangan mendalam" pentadbirannya dan sekutu Eropahnya mengenai "peningkatan kuasa Russia di sekeliling Ukraine dan menjelaskan bahawa Amerika dan sekutunya akan bertindak balas dengan langkah ekonomi yang kukuh dan lain-lain sekiranya berlaku peningkatan tindakan ketenteraan," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.



Ketegangan yang berlaku telah meningkatkan tekanan ke atas 44.13 juta rakyat Ukraine.



Agensi berita Xinhua melaporkan, dalam pertemuan maya itu Encik Biden telah mengulangi sokongannya terhadap kedaulatan wilayah Ukraine dan menggesa agar pencerobohan dihentikan dan usaha diplomasi dijalankan, kata kenyataan itu.



"Kedua-dua presiden menugaskan pasukan masing-masing untuk membuat perbincangan susulan, dan Amerika akan berbuat demikian menerusi penyelarasan rapat dengan sekutu dan rakan kongsi," katanya.



Ukraine telah mengisytiharkan kemerdekaan dari Soviet Union pada Ogos 1991 dan telah beralih keadaan ekonominya kepada pasaran terbuka.



Bagaimana konflik Ukraine-Russia boleh tercetus?



Ia bermula setelah Russia menyaksikan pengaruhnya di negara itu semakin terhakis apabila Ukraine membentuk jalinan hubungan baru dengan negara-negara Barat lain.



Pada 2014, Russia telah melakukan aneksasi atau pemilikan secara paksa ke atas Semenanjung Crimea yang dimiliki Ukraine selepas pemimpin negara itu yang mesra Moscow disingkirkan oleh bantahan rakyat.



Beberapa minggu kemudian, Russia memberi sokongan kepada golongan pemisah bersenjata di timur Ukraine.



Ukraine dan Barat menuduh Russia mengerahkan tentera dan mengirimkan senjata sebagai sokongan terhadap pasukan pemberontak - tuduhan yang disangkal Moscow.



Sejauh ini lebih 14,000 orang telah terkorban dalam persengketaan bersenjata di Donbas, rantau timur Ukraine.



Satu perjanjian damai pada 2015 yang diusahakan Perancis dan Jerman telah membantu mengakhiri pertempuran besar-besaran tetapi usaha untuk mencapai penyelesaian politik sejauh ini gagal dan pertempuran di sempadan terus berlaku.



Kremlin menuduh Ukraine sebagai gagal mematuhi perjanjian damai 2015 dan mengkritik Barat kerana tidak menggalak Ukraine mematuhinya.



Russia juga mengecam Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kerana membekalkan Ukraine dengan senjata dan mengadakan latihan bersama, menyatakan langkah sedemikian menggalak Ukraine untuk cuba merampas kawasan yang telah dikuasai pemberontak Ukraine, secara paksa.



Dalam perbincangannya dengan Encik Biden, Encik Putin menjelaskan kebimbangannya terhadap "dasar pemusnah" pemerintah Ukraine dan menyatakan "kebimbangan seriusnya mengenai tindakan provokatif Kyiv terhadap Donbass".



Encik Putin juga menegaskan Nato telah melakukan percubaan berbahaya untuk "menakluk wilayah Ukraine" dan sedang meningkatkan kehadiran tenteranya berhampiran sempadan Russia.



Disebabkan itu, Encik Putin meminta rakan sejawatannya memberi jaminan Nato tidak akan mengembangkan kuasa ke arah timur dan tidak menggunakan senjata serangan berhampiran Russia.



Sebagai syarat untuk membaiki hubungan dua hala, Encik Putin menawarkan Encik Biden agar menarik balik semua sekatan yang dikenakan ke atas fungsi misi diplomatik Russia dan Amerika.



Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan secara bersemuka pertama mereka dalam sidang kemuncak di Geneva pada Jun lalu dan ia diikuti dengan perbincangan menerusi telefon pada Julai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >