Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Malim wanita melayari impian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Malim wanita melayari impian

Mar 28, 2021 | 05:30 AM

BAK kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Pepatah ini ternyata sesuai dikaitkan dengan Cik Farhana Md Thair, yang kini bertugas dalam sektor yang dipelopori majoriti oleh kaum Adam.

Sebagai malim atau jurumudi pelabuhan Kelas C, gadis berusia 25 tahun ini merupakan salah seorang daripada tujuh wanita yang memegang jawatan tersebut dalam syarikat PSA Marine (Pte) Ltd dan mula berkhidmat sejak Januari 2018.

Meskipun dikelilingi ramai kaum Adam, namun Cik Farhana - yang berkelulusan diploma dalam Pembelajaran Nautikal, Pensijilan Kecekapan Pegawai Geladak Kelas 3, hasil tajaan PSA Marine - menganggap kerjaya ini langsung tidak menumpukan kepada jantina.

Dalam hal ini, beliau berterima kasih kepada golongan jurumudi wanita terdahulu yang merintis jalan dan memberi tunjuk ajar kepadanya.

"Kerjaya ini tidak memilih jantina; yang utamanya adalah kemahiran dalam menguruskan kapal dengan mempamerkan kecemerlangan yang menyeluruh - keselamatan, profesionalisme, kebolehpercayaan dan kecekapan.

"Rakan sekerja lelaki amat menyokong dan sering membantu kami. Kami dilayan sama seperti rakan sekerja lain. Meskipun kami bekerja sendirian, kami masih perlu bekerja dengan baik dan membantu satu sama lain sebagai satu pasukan semasa bertugas," katanya yang berminat dalam bidang maritim sejak 15 tahun.

Dalam tugasannya sebagai malim pelabuhan, Cik Farhana akan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan Singapura dan memberi panduan mengemudi dalam perairan yang sesak dan tidak menentu seperti pelabuhan atau muara sungai.

Tugasan ini perlu diuruskan dengan cekap dan menggunakan pengetahuan terperinci mengenai laluan perairan setempat.

Menurut anak tunggal itu, beliau mula menyesuaikan diri bekerja dengan kakitangan warga negara lain semasa menjalani program pelayaran kapal sebagai sebahagian daripada pengajian diplomanya.

Walaupun secara umumnya rakan sekerja lelaki amat menyokong, tetapi Cik Farhana akui cabaran terus ada.

Malah, kadang kala isu stereotaip jantina tidak dapat dielakkan memandangkan industri maritim ini dikuasai kaum Adam.

"Terdapat sekumpulan kecil yang mungkin meragui keupayaan saya bukan hanya kerana jantina tetapi juga faktor usia muda - seperti yang dialami rakan sekerja lelaki sebaya," ujar Cik Farhana.

"Bagi sesetengah kapten dan pegawai kapal, mereka mungkin bertemu dengan seorang malim pelabuhan wanita buat kali pertama.

"Memandangkan saya lebih muda daripada mereka, ada yang lebih berwaspada dan memberi tumpuan yang lebih semasa saya jalankan tugasan.

"Namun oleh kerana kami menjalani program latihan yang berstruktur dan menyeluruh, termasuk mempersiapkan kami menguruskan pasukan dengan profesional, di samping melaksanakan tugas saya dengan cekap dan selamat, mereka akan selalunya menjadi lebih tenang dan yakin terhadap keupayaan saya sebagai seorang karyawan," katanya yang kini lebih yakin dan berpengalaman dalam menguruskan situasi yang mencabar.

Jelas Cik Farhana lagi, terdapat juga malim pelabuhan wanita yang merupakan kaum ibu, namun masih mampu lakukan kerja syif.

"Jadi pucuk pangkalnya, ialah bagaimana seseorang itu menguruskan tugasannya dan mengimbangi antara komitmen peribadi dan keluarga," tambah beliau yang bercita-cita untuk mencapai tahap perlesenan malim pelabuhan yang tertinggi satu hari nanti.


“Kerjaya ini tidak memilih jantina; yang utamanya adalah kemahiran dalam menguruskan kapal dengan mempamerkan kecemerlangan yang menyeluruh – keselamatan, profesionalisme, kebolehpercayaan dan kecekapan. Rakan sekerja lelaki amat menyokong dan sering membantu kami. Kami dilayan sama seperti rakan sekerja lain. Meskipun kami bekerja sendirian, kami masih perlu bekerja dengan baik dan membantu satu sama lain sebagai satu pasukan semasa bertugas.”
– Cik Farhana Md Thair, jurumudi pelabuhan Kelas C.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3