Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaatkan kredit SkillsFuture persiap diri andai diberhenti kerja

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



SEDIAKAN payung sebelum hujan.



Bagi menyiapkan diri sekiranya beliau diberhentikan kerja, Encik Mohamed Ismail Salleh Marican, 50 tahun, mengikuti kursus pegawai keselamatan kendalian Hab Pembelajaran NTUC di Jurong East pada Disember tahun lalu.



Beliau menggunakan kredit SkillsFuture untuk membayar yuran kursus tersebut.



Encik Mohamed Ismail, penolong chef concierge, telah bekerja dalam industri hotel selama lebih 20 tahun.



Namun, akibat pandemik koronavirus Covid-19, khidmatnya tidak lagi diperlukan di hotel tempat beliau bertugas kerana kadar penghunian yang rendah.



Menurut Encik Mohamed Ismail, yang mula bertugas sebagai 'bell boy' di sebuah hotel pada 1987 dan kian naik pangkat sehingga memegang jawatan penolong chef concierge, beliau membuat keputusan bersetuju dikerah ke tempat pekerjaan lain sekitar Julai tahun lalu.



"Apabila hotel tempat saya bertugas menjadi tempat kuarantin, saya membuat keputusan tidak bekerja di hotel itu kerana khuatir dengan risiko wabak Covid-19, memandangkan saya masih mempunyai anak-anak kecil di rumah.



"Pengurus besar hotel faham dengan keputusan saya dan mengerahkan saya ke gedung Lucky Plaza, melalui satu daya usaha pemerintah, dengan saya bertugas memeriksa suhu badan pelawat gedung itu selama tiga bulan.



"Saya sekarang menjadi Duta Jarak Selamat bersama Lembaga Taman Negara (NParks)," kata Encik Mohamed Ismail, bapa lapan anak berusia antara enam tahun dengan 29 tahun.



Hampir semua anaknya masih bersekolah kecuali anak sulungnya.



Tatkala dikerahkan bekerja di tempat lain, tergerak di hati Encik Mohamed Ismail mahu mempertingkat diri dan mempelajari kemahiran baru.



Beliau memilih mendapatkan lesen pegawai keselamatan setelah melihat kekurangan pegawai keselamatan dalam industri perhotelan.



Kursus pegawai keselamatan yang diikutinya merangkumi tiga modul iaitu pengawalan dan rondaan, tindak balas terhadap kejadian dan tindak balas terhadap ancaman keganasan.



"Saya seronok kembali belajar di bilik darjah. Saya dapat jumpa ramai orang dan ada seperti saya, ambil kursus untuk 'standby' (mempersiap diri)," ujarnya.



Katanya lagi, melalui kursus tersebut, beliau sedar bahawa tugas sebagai pegawai keselamatan berdepan cabaran berbeza dan bukan sekadar duduk dan mengawasi keselamatan persekitaran dan penduduk sahaja.



Sebaliknya, seorang pegawai keselamatan juga mesti bertanggungjawab dan tidak boleh leka.



Kini, Encik Mohamed Ismail telah tamat mengikuti kursus tersebut pada 15 Januari lalu dan memperoleh lesen pegawai keselamatan yang disahkan POLWEL, Persatuan Penilaian yang Diluluskan (AAO), yang dilantik bagi industri keselamatan di bawah kerangka kerja Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ).



"Saya bangga dapat memperoleh lesen pegawai keselamatan ini. Dengan lesen ini, saya ada pekerjaan lain sekiranya khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam industri hotel atau saya boleh melakukan pekerjaan sebagai pegawai keselamatan secara ad-hoc bagi meraih pendapatan tambahan buat keluarga," katanya.



Beliau pernah mendapat anugerah pekerja terbaik pada 2005, anugerah penghargaan ihsan terbaik (Courtesy Award of the Year) pada 2006 dan juga anugerah bintang daripada Lembaga Pelancongan SIngapura (STB) semasa bertugas dalam bidang concierge.



Beliau akur bahawa beliau bimbang tentang keadaan kewangan dalam keadaan pandemik koronavirus ini.



"Saya mahu terus menyokong anak-anak saya melanjutkan pengajian mereka jika mereka boleh belajar ke peringkat lebih tinggi," ujar Encik Mohamed Ismail.



Sementara anak bongsunya berada pada peringkat tadika, dalam kalangan anaknya, dua sedang melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal, manakala seorang anak baru tamat tempoh bekerja sambil belajar dalam jurusan kejururawatan.



Lantaran itu, Encik Mohamed Ismail turut menasihatkan anak-anaknya agar terus mempertingkat diri seandainya ada peluang.



Katanya lagi, beliau mengalu-alukan masyarakat mempertingkat kemahiran dengan menggunakan kredit SkillsFuture.



"Kita mesti berusaha memperbaiki diri dan mempelajari kemahiran baru demi keluarga kita. Kita juga mesti mempunyai minda terbuka untuk menukar pekerjaan, lantas belajar perkara baru dan dapatkan pensijilan," katanya.




"Saya seronok kembali belajar di bilik darjah. Saya dapat jumpa ramai orang dan ada seperti saya, ambil kursus untuk 'standby' (mempersiap diri)."

"Saya bangga dapat memperoleh lesen pegawai keselamatan ini. Dengan lesen ini, saya ada pekerjaan lain sekiranya khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam industri hotel atau saya boleh melakukan pekerjaan sebagai pegawai keselamatan secara ad-hoc bagi meraih pendapatan tambahan buat keluarga."

- Encik Mohamed Ismail Salleh Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >