Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA TERIMA BIMBINGAN DAN BANTUAN PPIS Jom Cuba! 'Ubah ketakutan kepada kekuatan'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Satu Hati Satu Famili

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA TERIMA BIMBINGAN DAN BANTUAN PPIS Jom Cuba! 'Ubah ketakutan kepada kekuatan'

MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA TERIMA BIMBINGAN DAN BANTUAN PPIS
Feb 14, 2021 | 05:30 AM

Pusat Khidmat Keluarga yang dikelolakan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) memainkan peranan penting dan khusus dalam menawarkan sokongan kepada para penerima. Pelbagai program selain pegawai perkhidmatan sosial berkemahiran sentiasa bersedia untuk membantu keluarga yang memerlukan.


APABILA Cik Nur Hidayah Mohd Salleh, 36 tahun, juruwang di kedai runcit, mendapat kunci rumah sewa dua biliknya sekitar Jun tahun lalu, beliau berazam hendak memulakan kehidupan baru yang lebih bahagia bersama dua orang anak kecilnya berusia tiga dan lima tahun.

Walaupun hanya rumah sewa, bagi Cik Hidayah, ia melambangkan keupayaan beliau hidup berdikari tanpa sokongan bekas suami. Cik Hidayah telah berpisah daripada suaminya selepas menuntut cerai di Mahkamah Syariah pada 2019 selepas keadaan menjadi tegang di rumahnya.

Mengimbas kemelut rumah tangga yang dibina selama enam tahun, Cik Hidayah mendakwa perkahwinannya "sudah banyak kali goyang" dan beliau telah bertekad untuk bercerai sejak 2017. Namun beliau hanya memberanikan diri untuk berbuat demikian sekitar dua tahun lalu.

"Hati saya sudah lama hancur. Sukar untuk saya hidup sebumbung justeru saya berpindah ke rumah bapa saya," kata Cik Hidayah yang telah menjadi suri rumah sepanjang tempoh mendirikan rumah tangga.

Meskipun Cik Hidayah berasakan keperluan anak-anaknya agak kekurangan, namun beliau enggan jadikannya sebagai alasan untuk tidak memberikan perhatian sebaiknya terhadap mereka.

"Yang pasti saya perlu pastikan anak-anak mendapat perhatian yang diperlukan dengan sebaiknya." Mujur bagi Cik Hidayah beliau masih mempunyai tempat untuk berteduh dan mendapat sokongan selepas berpindah ke rumah bapanya.

Selain sokongan keluarga, Cik Hidayah telah mendapat sokongan emosi dan kewangan dari Pusat Khidmat Keluarga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) (Timur) sejak 2014. Meskipun beliau meminta bantuan kewangan, pekerja sosial di sana sedar beliau memerlukan bantuan lain selepas berbicara dengannya.

Ekoran itu, Cik Hidayah telah menjalani sesi kaunseling di sana. "Pada mulanya, saya rasa seram sejuk nak minta bantuan. Bila berbual dengan pekerja sosial, saya tidak banyak cakap. Tapi, pekerja sosial bimbing saya dan saya mula dapat bercakap tentang perasaan saya, dan masalah yang saya lalui."

"Saya juga tidak tahu arah tujuan hidup saya. PPIS tunjukkan jalan, langkah demi langkah, sehingga saya dapat rumah sewa dan anak-anak saya dapat ke sekolah," kata Cik Hidayah. Beliau berkata pekerja sosial PPIS telah mengendalikan masalah keluarganya dengan baik.

Pada golongan wanita yang mungkin mengalami konflik rumah tangga, Cik Hidayah berharap agar mereka melawan perasaan takut dan mendapatkan bantuan di Pusat Khidmat Keluarga.

"Tukarkan ketakutan kita kepada kekuatan. Jangan kita diamkan diri," ujar Cik Hidayah.


KHIDMAT DITAWARKAN OLEH PUSAT KHIDMAT KELUARGA (FSC) PPIS

  • Maklumat dan Rujukan (Referral)
  • Kerja kes (Casework) dan Kaunseling
  • Kerja Berkumpulan (Groupwork)
  • Kerja Masyarakat (Community work)

`PROGRAM DAN INISIATIF OLEH FSC PPIS (TIMUR)

  • Kumpulan Kerja Aura
  • Program 'Keluarga Harmoni, Erat Aspirasi'
  • Program 'Kopi Lai Lor'

PROGRAM DAN INISIATIF OLEH FSC PPIS (BARAT)

  • H.O.M.E @ Hong Kah (Acara tahunan)
  • Program R.E. Light

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3