Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID BENCOOLEN

Masih perlukan $125,000 untuk penuhi sasaran

Apr 15, 2022 | 06:34 AM



KERJA-KERJA peningkatan bagi Masjid Bencoolen tetap berjalan dengan lancar walaupun masjid ini masih lagi kekurangan dana yang diperlukan.



Merupakan salah satu masjid yang bersejarah di sini, Masjid Bencoolen telah dibina sejak 1845 dan perlu melakukan pengubahsuaian demi memenuhi keperluan masyarakat Islam setempat.



Masjid Bencoolen masih lagi memerlukan dana sebanyak $125,000 bagi projek peningkatan ini, dan dijangka siap pada suku kedua tahun ini.



Masjid yang berusia 196 tahun dan terletak di 51 Bencoolen Street ini masih dalam proses diubahsuai dan perlu membangunkan kemudahan lain seperti bilik darjah, lif dan sebagainya.



Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga senja untuk menggunakan kemudahan di masjid yang terletak di kawasan berdekatan bandar ini.



Biarpun sibuk dengan kerja-kerja peningkatan di waktu ini, pembelajaran agama dan dakwah tetap diteruskan melalui wadah dalam talian.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 56 tahun, berkata pada tahun 2001, kawasan masjid telah dibangunkan semula sebagai sebuah bangunan campuran blok komersial dan kompleks setinggi 12 tingkat.



Pembangunan semula masjid ini telah dibuka kepada umum pada Mei 2004, dan mampu memuatkan sehingga 1,100 jemaah untuk bersolat dalam masjid ini, sebelum pandemik melanda.



Beliau turut menjelaskan, banyak juga aktiviti yang telah dijalankan bagi pihak masjid, dan semuanya telah dilakukan secara dalam maya, dan tetap mendapat sambutan yang menggalakkan dari jemaah setempat.



Sehubungan dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, pihak masjid turut menyediakan "Salam Ramadhan Pack" untuk pemberian zakat atau sedekah dan berharga $100 setiap satu.



Pek ini mengandungi barangan makanan dan bakal diberikan kepada dua keluarga yang memerlukan.



Selain itu, Masjid Bencoolen juga turut menawarkan pelbagai produk lain yang menarik untuk membantu pembangunan masjid.



Di antaranya, pelbagai jenis sejadah dan tasbih yang telah dihasilkan dari luar negara seperti Turkey.



Masjid Bencoolen amat mengharapkan bantuan dari masyarakat Islam setempat dalam usaha mengumpul dana yang masih lagi kurang ini.




CARA MENYUMBANG



Lakukan derma anda hari ini. Buat pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001 atau lungsuri https://masjidbencoolen.org/donate.



Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama ‘Masjid Bencoolen’ dan hantar ke alamat berikut:



51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura 189630. Hubungi talian 6333-3016 untuk sebarang maklumat lanjut dan layari Facebook@Masjidbencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.



Layari https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk mendapatkan pelbagai produk jualan dari Masjid Bencoolen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >