Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Labur wakaf di dunia, peroleh saham di akhirat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MASJID AL-AMIN

Labur wakaf di dunia, peroleh saham di akhirat

May 07, 2021 | 05:30 AM

DARIPADA Abu Hurairah bahawa Rasullulah saw bersabda, Allah swt berfirman:

"Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku. Dan aku bersamanya jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.

"Sekiranya dia mengingati-Ku sepenuhnya, maka Aku juga mengingatinya lebih baik daripadanya (mengingati-Ku).

"Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati Aku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari." (Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, Ustaz Pasuni Maulan menghuraikan, jika kita dekat dengan Allah swt, maka Allah swt akan lagi dekat dengan kita. Allah swt pasti gembira jika seseorang itu melakukan ibadah untuk mendekati Allah, khususnya dalam mencari malam lailatulqadar.

Beliau menyampaikan pesanan:

"Pada malam-malam terakhir dalam bulan Ramadan ini, amalkan solat berjemaah dan ditambah dengan solat sunah tarawih. Bertadaruslah bersama-sama keluarga, baca tafsir dan perbaiki bacaan masing-masing.

"Sekurang-kurangnya, kita dapat meningkatkan kelemahan dan memahami isi ayat Al-Quran dengan lebih jelas. Jangan lupa menunaikan solat tahajud, bukan hanya pada bulan Ramadan, malah kita digalakkan bertahajud sepanjang tahun."

Menurut Ustaz Pasuni lagi, terdapat tiga amalan yang tidak akan terputus setelah seseorang itu meninggal dunia iaitu doa anak yang saleh, ilmu yang bemanfaat dan sedekah amal jariah.

Orang yang beriman dan mengaku cinta kepada Allah dan Rasul perlu ada sumbangan kepada masyarakat.

Sumbangan boleh dibuat melalui amalan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam. Jangan tunggu kaya dahulu, baru hendak bersedekah.

Tetapi, bersedekahlah sehingga kita kaya. Jika seseorang itu menginfakkan hartanya pada jalan Allah swt, maka malaikat akan mendoakan agar apa yang diinfakkan itu akan digantikan semula.

Bagi mereka yang kedekut, malaikat akan mendoakan kemusnahan untuknya," jelas Ustaz Pasuni.

"Lihatlah di sekeliling kita. Banyak masjid yang memerlukan sumbangan untuk mengumpul dana demi pembangunan dan kelangsungan masjid.

"Jadi, berilah sumbangan setakat yang mampu, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini, dengan semua pahala digandakan lebih banyak berbanding bulan biasa.

"Apabila kita berinfak, ia menjadi salah satu ciri orang bertakwa kerana kita mematuhi perintah Allah swt yang memang menyuruh kita menginfakkan sebahagian harta ke jalan-Nya.

"Dengan saham wakaf yang kita laburkan di dunia, percayalah bahawa kita akan mendapat pulangan yang berterusan di akhirat. Saham ini sangat berbaloi kerana ia tidak pernah merosot," kata Ustaz Pasuni.

Platform wakaf di Masjid Al-Amin ini memberi peluang kepada masyarakat meluaskan ruang masjid buat keselesaan jemaah.

Dengan sumbangan itu, kata Ustaz Pasuni, Allah swt pasti meluaskan hartanya pula.

Amalan bersedekah juga akan menghapuskan sifat kecintaan terhadap dunia, sekal igus menjadikan akhirat sebagai matlamat terakhir, tambah Ustaz Pasuni.

"Oleh itu, marilah bersama-sama membantu Masjid Al-Amin untuk mengumpul dana peningkatan sebanyak $3 juta.

"Jadikan platform ini sebagai 'kenderaan dunia' yang akan menjanjikan kesejahteraan akhirat buat para penderma.

"Derma anda bukan sekadar untuk peningkatan, bahkan menambahkan lagi fungsi masjid pada masa akan datang.

"Saya mengharapkan agar umat Islam akan menyokong projek naik taraf di Masjid Al-Amin dengan sebaiknya agar masjid mampu merangka lebih banyak program kelak demi menarik pelbagai lapisan masyarakat Islam di Singapura," rayu Ustaz Pasuni lagi.


"... marilah bersama-sama membantu Masjid Al-Amin untuk mengumpul dana peningkatan sebanyak $3 juta. Jadikan platform ini sebagai 'kenderaan dunia' yang akan menjanjikan kesejahteraan akhirat buat para penderma.
... Saya mengharapkan agar umat Islam akan menyokong projek naik taraf di Masjid Al-Amin dengan sebaiknya agar masjid mampu merangka lebih banyak program kelak demi menarik pelbagai lapisan masyarakat Islam di Singapura."

- Ustaz Pasuni Maulan.


CARA BERI SUMBANGAN

  • Pemindahan wang ke akaun semasa DBS dengan nombor 012-009859-6
  • PayNow UEN No: S91MQ0008B001
  • Derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat)
  • Derma dari rumah boleh dilakukan dengan menghubungi talian 6272-5309
  • Lungsuri https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/168?p=infaq untuk menghulurkan infak atau wakaf kepada Masjid Al-Amin.
  • Kunjungi reruai Masjid Al-Amin di Wisma Geylang Serai dari 12 April hingga 12 Mei 2021.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3