Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AL-AMIN

Pentingnya sedekah sebelum ajal

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



BERSEDEKAH ada banyak kelebihan terutama menjauhkan kita daripada kemurkaan Allah s.w.t. dan mati dalam kejahatan.



Pentingnya amalan sedekah ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran menerusi ayat ke 9 surah Al-Munafiqun.



Demikian menurut pendakwah mapan setempat, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat atau Ustaz TM Fouzy.



Menurut beliau, maksud ayat tersebut adalah:



"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh anak-anak kamu dan juga oleh harta-harta kamu. Siapa yang berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.



"Ayat ini mengingatkan kita agar tidak dilalaikan oleh anak-anak kerana kadang-kala disebabkan sibuk menguruskan anak-anak, boleh menyebabkan kita lupa kepada Allah s.w.t. dengan tidak mengenepikan masa untuk berzikir, membaca Al-Quran, datang ke kelas agama dan sebagainya.



"Jangan sekali-kali, kita lupa pada perintah-perintah Allah s.w.t. sebab anak-anak. Contohnya kerana anak-anak, kita sayang harta kita, khuatir kalau kita tidak cukup wang untuk berbelanja bagi keperluan sekolah, tuisyen mereka dan sebagainya. Akibatnya kita berat hendak bersedekah."



Ustaz TM Fouzy menambah bahawa kita diingatkan Allah s.w.t agar tidak lokek bersedekah atau melakukan amal jariah kerana sibuk dengan anak-anak.



SESIAPA YANG TIDAK SEDEKAH, ADALAH ORANG YANG RUGI



Ustaz TM Fouzy beralih kepada ayat ke-10 dalam surah Al-Munafiqun yang maksudnya:



"Dan berinfaklah kamu dengan sebahagian daripada harta yang Aku berikan kepada kamu.



"Ini bermakna, harta yang kita miliki itu sebenarnya adalah hak dan amanah Allah s.w.t. kerana dengan izin Allah, kita dapat bekerja dengan akal dan kesihatan. Maka kita perlu menyempurnakan hak Allah dengan bersedekah kepada fakir miskin, menyumbang pada rumah anak-anak yatim atau membangunkan masjid.



"Dan Allah perintahkan, agar kita tidak termasuk dalam orang yang rugi itu dengan berinfaq sebahagian daripada apa yang Allah berikan kepada kita sebelum kematian datang.



"Maka, jangan jadi orang kedekut untuk berinfaq sebelum sampai masa tibanya ajal.



"Orang-orang ini yang tahu kelebihan sedekah setelah mati akan berkata: "Alangkah baik kalau Kau lambatkan aku sedikit'.



"Dan inilah orangnya yang semasa hidupnya, dia lalai, dia tidak buat amal soleh, dia lokek bersedekah, tetapi apabila hendak dekat mati, masa itu, dia tahu hartanya tidak akan dibawa ke dalam kubur dan pada masa itulah, dia hendak menjadi orang yang soleh."



PENTING BAGI SESEORANG ITU BERSEDEKAH



Kelebihan bersedekah yang paling penting katanya ialah bila datangnya Hari Kiamat iaitu hari kebangkitan seluruh umat manusia dari Adam hingga manusia terakhir.



Manusia akan berkumpul di Padang Masyar di bawah matahari yang sangat terik. Tetapi mereka yang bersedekah tidak akan kepanasan sebab dinaungi oleh bayang-bayang sedekahnya.



Katanya lagi, kalau seseorang itu ditakdirkan Allah s.w.t. akan terkena sakit atau sesuatu musibah, dia akan terhindar daripadanya.



Justeru maknanya, sedekah ini ada banyak kelebihan.



Kalau boleh kita bersedekah pada setiap hari, kata ustaz lagi. Sebab pada setiap pagi, akan ada dua malaikat turun. Salah satunya akan berdoa:



"Wahai Allah, berilah balasan orang yang bersedekah itu lipat kali ganda"



Malaikat yang satu lagi berdoa :



"Ya Allah, hilangkanlah harta orang yang bakhil dan kedekut ini."



Justeru, beliau mengingatkan lagi bahawa orang yang bersedekah tidak akan jatuh miskin tetapi akan bertambah dengan kemakmuran.



Beliau menambah bahawa ayat ke-11 dalam surah Al-Munafiqun pula membawa maksud bahawa Allah s.w.t. tidak akan melambatkan ajal seseorang itu walaupun sedetik pun dan Allah s.w.t. sangat mengetahui apa yang telah kamu lakukan.



Ayat tersebut juga memberi peringatan kepada kita supaya tidak lalai dengan anak-pinak dan harta semasa kita hidup hingga lupa untuk bersedekah.



BERSEDEKAH DAN LAKUKAN AMAL JARIAH SEBELUM AJAL TIBA



Janganlah kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan menyesal dan rugi kerana setelah kita mati, kita tidak dapat dikembalikan lagi.



Dalam pada itu, Ustaz TM Fouzy juga berpesan agar umat Islam membantu menyumbang kepada rumah-rumah Allah yang sedang dalam proses melakukan kerja-kerja peningkatan. Salah satunya ialah Masjid Al-Amin yang terletak di Telok Blangah yang telah terbina sejak lebih 30 tahun lalu.



Bantuan ini sangat penting supaya rumah-rumah Allah iaitu masjid-masjid, dapat terus berkhidmat kepada masyarakat Islam.



"Pahala bersedekah untuk membantu membangunkan masjid akan terus mengalir kepada kita walaupun selepas seribu tahun kita meninggal dunia kerana inilah yang dinamakan amal jariah iaitu amal yang berterusan dan yang berkekalan setelah mati," kata Ustaz TM Fouzy.



Sebagai rumah Allah tegasnya lagi, masjid adalah markas iaitu tempat perhimpunan umat Islam dalam apa jua keadaan iaitu semasa senang atau susah.



Oleh sebab itu, kata Ustaz TM Fouzy, Baginda Rasulullah s.a.w. sangat ambil berat terhadap pembinaan masjid.



Contohnya, sebaik tiba di kota Madinah Munawarrah kerana berhijrah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mencari tapak tanah untuk membina masjid. Ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad s.a.w. sangat utamakan usaha membina masjid.



Masjid juga merupakan tempat yang pertama sekali Allah s.w.t. turunkan rahmatNya ke atas sesebuah kampung atau negeri.



Setelah diturunkan rahmatNya kepada mereka yang berada dalam masjid di sesebuah tempat itu, barulah rahmat itu diberikan kepada seluruh penduduk yang ada berdekatan masjid itu.



Justeru, ini menunjukkan bahawa masjid itu adalah markas pertama yang turunnya rahmat Allah s.w.t. dan tentunya mereka yang membantu membina masjid akan mendapat rahmat berlipat ganda kerana mereka membantu membangunkan rumah Allah itu.



Bagi anda yang ingin bersedekah, Masjid Al-Amin mengalu-alukan sumbangan anda kepada Projek Wakaf Iltizam Masjid Al-Amin.



Masjid Al-Amin sedang berusaha mengumpulkan baki dana sebanyak $1.5 juta bagi kerja-kerja naik taraf seluruh bangunan dan prasarananya.



Beberapa prasarana Masjid Al-Amin sudah agak usang. Umpamanya terdapat bumbung-bumbungnya yang bocor, berlubang malah ada sebahagiannya yang sudah mula rapuh. Beberapa pintu masjid juga sudah mula dimakan anai-anai.



Selain dari itu, Masjid Al-Amin juga sering berhadapan dengan isu terputusnya bekalan elektrik. Semua ini perlu segera dibaiki.



Pihak masjid berharap, dengan kerja-kerja peningkatan ini, Masjid Al-Amin dapat melahirkan program-program yang lebih berkualiti serta memberi kemudahan dan ruangan yang lebih selesa untuk para jemaahnya. Sekelian Ahli Lembaga dan wargakerja Masjid Al-Amin sentiasa mengiringi do'a semoga segala sumbangan masyarakat Islam diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.




BANTULAH MASJID KITA



Sumbang ke Dana Wakaf Iltizam Masjid Al-Amin melalui:



1. Paynow: UEN NO: S91MQ0008B001

2. Bank Transfer: DBS Current Account 012-009859-6

3. Melalui cek kepada Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin - Alamat: 50 Telok Blangah Way, Singapore 098801

4. Melalui derma langsung ke masjid atau dari rumah. Sila hubungi talian 6272-5309.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >