Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID BENCOOLEN

Isi dana: Jual martabak amal dan pelbagai produk di eShop

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN kerja peningkatan bagi Masjid Bencoolen masih berjalan lancar, masjid bersejarah ini masih lagi kekurangan dana yang diharapkan. Masjid terletak di Bencoolen Street yang telah dibina pada 1845 ini perlu diubah suai demi memenuhi keperluan masyarakat Islam di sini.



Masjid berusia 196 tahun ini memerlukan dana sebanyak $3 juta bagi kerja peningkatan yang sedang dijalankan sejak Jun 2019. Namun, sehingga kini, pihak masjid masih kekurangan $250,000 lagi.



Masjid Bencoolen sedang dalam proses diubah suai dan perlu membangunkan kemudahan lain seperti bilik darjah, lif dan sebagainya. Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah untuk beribadah serta memudahkan lagi warga senja menggunakan kemudahan di masjid yang terletak di kawasan berdekatan bandar ini. Biarpun pada waktu Covid-19 ini dan sibuk dengan kerja peningkatan, pembelajaran Al-Quran, agama dan dakwah tetap diteruskan melalui wadah dalam talian.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, 56 tahun, berkata pada 2001, kawasan masjid telah dibangunkan semula sebagai sebuah pembangunan campuran blok komersial dan kompleks setinggi 12 tingkat. Pembangunan semula masjid ini telah dibuka kepada orang awam pada Mei 2004 dan mampu memuatkan sehingga 1,100 jemaah untuk bersolat sebelum pandemik melanda.



Masjid terbaru Bencoolen dijangka siap pada suku kedua atau ketiga, tahun ini.



"Masjid Bencoolen kini masih lagi dalam proses diubah suai, selari dengan keperluan dan tuntutan masyarakat Islam setempat. Daripada pihak masjid, kami memerlukan kemudahan lain seperti bilik darjah yang lebih besar yang kondusif, lif dan kemudahan lain setara dengan pemodenan serta pembaharuan pada waktu ini. Ini bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah beribadah serta memudahkan lagi warga emas kita menggunakan kemudahan masjid ini dengan lebih berkesan lagi. Pada waktu ini, sekitar 80 peratus kerja peningkatan di kawasan masjid hampir siap. Bagi kami, masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah kini ia memainkan peranan penting dalam mendekati masyarakat Islam di sini," jelas Encik Mohamed Rafeeq.



"Selain itu, Masjid Bencoolen amat mengharapkan sokongan dan bantuan masyarakat Islam dalam usaha mengumpul dana yang masih lagi berkurangan ini. Kami berharap masyarakat kita akan terus bermurah hati agar kerja peningkatan ini dapat disiapkan sebagaimana yang telah dijadualkan," tambahnya.



Sehubungan itu, masjid juga menjual kupon martabak amal berharga $10 setiap satu. Kupon ini boleh dibeli terus di pejabat Masjid Bencoolen.



Pihak masjid juga ada menyediakan pelbagai produk lain yang menarik untuk membantu pembangunan masjid, antaranya Kitab Kumpulan Hadith berharga antara $75 dengan $95, setiap set. Al-Quran terjemahan berharga $35 dan perhiasan berbentuk Kaabah berwarna keemasan atau perak yang dijual pada $90. Rehal bangku berwarna hitam pula ditawarkan pada harga $35 sahaja.



Masjid Bencoolen amat mengharapkan bantuan daripada masyarakat Islam setempat dalam usaha mengumpul dana yang masih lagi berkurangan ini.




CARA HULUR DERMA DAN BELI PRODUK



DERMA



Hulur derma anda hari ini dengan:



  • PayNow UEN: R45MQ0028B

  • Pemindahan wang ke dalam akaun bank OCBC bernombor 506-010925-001

  • Lawati https:// masjidbencoolen.org/ donate

  • Cek atas nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar ke alamat 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapura 189630

Hubungi talian 6333-3016 bagi mendapatkan maklumat lanjut dan layari Facebook@Masjid. bencoolen atau Youtube@ masjidbencoolenTV.



BELI PRODUK



Layari https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk mendapatkan pelbagai produk di Masjid Bencoolen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >