MEMBELI kurma adalah satu kebiasaan bagi orang Islam yang berpuasa pada bulan Ramadan untuk tujuan sahur atau berbuka puasa.
Namun, bagaimana pula jika anda boleh membeli kurma sambil beramal untuk saham akhirat?
Pembelian kurma ajwa yang dibawa khas oleh Masjid Bencoolen, bukan sekadar pembelian biasa, bahkan ia menjadi sumber kutipan dana bagi tujuan peningkatan masjid tersebut.
Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, menerangkan:
"Sempena meraikan kedatangan Ramadan kali ini, Masjid Bencoolen mengeluarkan satu daya usaha yang sesuai untuk mengumpul dana bagi menaik taraf masjid iaitu jualan kurma ajwa yang diterbangkan khas dari Madinah.
"Demi mendapat keberkatan daripada hasil jualan, maka kami hanya menyediakan kurma yang bermutu tinggi sahaja."
"Kurma ajwa yang dipilih ialah kurma gred A, yang boleh saya katakan sebagai kurma mutu terbaik untuk dinikmati seisi keluarga.
"Kurma ajwa hitam ini mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis, berbanding dengan kurma lain."
Encik Mohamed Rafeeq berkata sebagai tawaran harga yang berbaloi, jemaah boleh mendapatkan 5 kilogram kurma saiz jumbo dengan harga $225 sahaja.
Jemaah yang berminat mendapatkan kurma ini boleh membelinya secara online sahaja.
Masjid telah menyediakan portal untuk memudahkan jemaah membeli dengan paparan maklumat yang lebih jelas dan menjimatkan masa.
Pada masa yang sama, anda juga boleh datang sendiri ke pejabat masjid pada waktu pejabat dari 9 pagi hingga 6.00 petang untuk mendapatkan kurma ajwa secara fizikal.
Hasil penjualan kurma ajwa akan disalurkan kepada dana peningkatan Masjid Bencoolen.
Sepanjang kerja naik taraf dilaksanakan, beberapa bahagian di Masjid Bencoolen telah selesai dibangunkan.
Encik Mohamed Rafeeq berkata: "Alhamdulillah, bangunan tingkat dua dan tiga yang melibatkan bilik madrasah dan ruangan solat telah berjaya disiapkan sepenuhnya.
"Namun, Masjid Bencoolen masih dalam proses pengubahsuaian di dewan solat utama yang bakal menjadi tumpuan jemaah.
"Semoga masjid dapat disiapkan seperti yang dijadualkan dan masyarakat akan terus membantu mencukupkan dana yang masih berkurangan."
CARA MENDERMA
Setiap sokongan anda amat bernilai.
- Pemindahan wang kepada akaun bank OCBC bernombor 506-010925-001.
- Atau lawati https://masjidbencoolen.org/donate.
- Cek atas nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar ke 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.
- Hubungi talian 6333-3016 untuk maklumat lanjut.
- Layari Facebook@ Masjid.bencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.
- Layari https://masjidbencoolen.org/eshop/ untuk mendapatkan produk jualan daripada