Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Masih perlu $1.7j bagi kerja naik taraf

Setempat
27
0

MASJID BENCOOLEN

Masih perlu $1.7j bagi kerja naik taraf

Jan 22, 2021 | 05:30 AM

SABAN hari, dunia disajikan dengan berita-berita penularan Covid-19 yang telah pun menjadi topik perbincangan harian masyarakat.

Walaupun menerima tempias akibat kegusaran yang dicetuskan daripada pandemik global itu, Masjid Bencoolen telah menetapkan medium terbaik untuk memperkasakan para jemaah sepanjang penularan tersebut.

Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, menyeru para jemaah untuk terus bersikap positif dan optimis dalam mengharungi ujian yang besar ini.

"Sememangnya, Covid-19 menjadi perbincangan hangat yang tidak dapat dielakkan, bahkan ia telah menjejas penduduk di seluruh dunia.

"Namun, kita perlu memanjatkan kesyukuran kerana semua aktiviti masjid masih lagi berpeluang untuk dijalankan secara dalam talian. Oleh itu, jemaah diingatkan agar tidak putus asa dengan keterbatasan yang terpaksa dihadapi sepanjang tempoh Covid-19.

"Para jemaah sudah sedia maklum dengan peralihan daripada pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran digital. Justeru itu, masjid sentiasa mencuba untuk memperbaiki kualiti video dan grafik agar ia lebih menarik untuk ditonton. Dengan itu, interaksi bersama masyarakat tetap akan berjalan, walaupun hanya secara maya.

"Jadi, rebutlah kesempatan dan ruang yang ada untuk para jemaah masjid memanfaatkan pembelajaran Islam di rumah bersama keluarga. Sesungguhnya, kebaikan ilmu itu tidak mempunyai batasan waktu dan tempat," jelas beliau.

Mengulas lanjut, Encik Mohamed Rafeeq turut menekankan tentang usaha mengumpul dana yang masih lagi tidak mencukupi hingga ke hari ini.

"Seperti yang dirancang, proses atau kerja-kerja naik taraf sedang berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Bagaimanapun, masjid masih lagi menghadapi kekangan dana yang masih berkurangan sebanyak $1.7 juta."

"Oleh itu, pihak masjid merayu kepada seluruh masyarakat Islam untuk terus membantu masjid untuk mencukupkan dana yang masih berkurangan.

"Sumbangan ini diperlukan agar tiada kelewatan berlaku untuk proses pembukaan semula masjid. Bersama penambahbaikan yang telah diusahakan, masjid akan tampil dengan berwajah baru dan lebih selesa untuk jemaah melaksanakan ibadah.

"Sekiranya semuanya berjalan dengan baik, besar kemungkinan masjid akan dibuka semula untuk jemaah beribadah pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan," jelas beliau.


HULURKAN DERMA ANDA HARI INI

  • Dengan pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001
  • Atau lawati https://masjidbencoolen.org/donate.
  • Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar ke alamat berikut iaitu 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.
  • Hubungi talian 6333 3016 untuk sebarang maklumat lanjut
  • Layari Facebook@Masjid.bencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3