Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID BENCOOLEN

Peluang kumpul saham akhirat di Masjid Bencoolen

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



MUNGKIN ramai yang terlupa bahawa sedekah jariah adalah ibadah yang mampu memberatkan timbangan amal di akhirat kelak.



Oleh itu, Masjid Bencoolen menyampaikan berita baik kepada masyarakat kerana mereka berpeluang untuk merebut pahala berterusan dengan menginfakkan tunai ke dalam tabung pembangunan masjid.



Ketika dihubungi, Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, menjelaskan:



"Hasill sumbangan orang ramai, masjid telah pun mengendalikan beberapa pengubahsuaian yang melibatkan penambahan ruang solat, tandas, lif, bilik darjah, dan sistem penyaman udara.



"Kemudahan ke tempat dewan solat untuk para jemaah berkerusi roda turut disediakan bagi memberikan prasarana yang inklusif.



"Tetapi, pihak masjid masih lagi mengharapkan sumbangan orang ramai bagi melengkapkan dana masjid yang memerlukan peruntukan sebanyak S$1.7 juta."



Menurut beliau, penutupan masjid telah menyebabkan berlaku kemerosotan dana yang diperolehi daripada para jemaah.



"Justeru itu, pihak masjid merayu agar masyarakat Islam terus membantu untuk menderma secara talian.



"Sekiranya berkelapangan, pihak penderma dijemput hadir ke pejabat masjid agar dana dapat diperolehi, sebelum selesai projek naik taraf Masjid Bencoolen," tambah Encik Mohamed Rafeeq.



Tarikh pembukaan masjid dijadualkan berlangsung pada akhir tahun ini.



Namun, tarikh sebenar masih belum dapat dipastikan dengan jelas, memandangkan keadaan pandemikk sekarang yang boleh menjejas kerja-kerja naik taraf, ujar Encik Mohamed Rafeeq."



Berkenaan pembukaan semula pusat ibadah ini, pihak masjid sudah bersedia untuk memastikan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) dilaksanakan dengan baik bagi mengelakkan masjid ditutup, sekiranya berlaku kes positif dari kawasan masjid.



Tegas Encik Mohamed Rafeeq lagi:



"Walaupun negara sudah menjalankan suntikan vaksin, tetapi kita hendaklah berusaha melindungi diri masing-masing bagi menghindari pertambahan kluster baru.



"Oleh itu, orang ramai yang bakal berkunjung ke masjid juga dinasihatkan untuk mengamalkan jarak selamat, cuci tangan dengan kerap dan memakai pelitup muka.



"Sehingga hari ini, aktiviti masjid seperti ceramah harian dan bulanan serta pembelajaran al-Quran dijalankan secara dalam talian sahaja. Secara jujur, penganjuran program dalam talian memberikan cabaran kerana ia merupakan satu platform yang baru untuk diselami oleh semua lapisan masyarakat.



"Bagaimanapun, masyarakat akur dengan desakan waktu pandemik ini yang memerlukan mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai norma baru, termasuklah program secara maya."




HULURKAN DERMA ANDA HARI INI



Orang ramai yang berminat untuk menderma kepada tabung masjid boleh melakukan dengan:



  • Pemindahan wang ke akaun bank OCBC yang bernombor 506-010925-001

  • atau lawati https://masjidbencoolen.org/donate.

  • Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama 'Masjid Bencoolen' dan hantar kepada alamat berikut iaitu 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.

  • Hubungi talian 6333 3016 untuk sebarang maklumat lanjut

  • Layari Facebook@Masjid.bencoolen

  • atau lungsuri Youtube@masjidbencoolenTV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >