Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID AL-AMIN

Masjid boleh jadi 'lombong' kumpul pahala

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



USAHA membangunkan masjid tidak sama seperti membantu membina bangunan lain seperti sekolah, rumah dan sebagainya.



Pendakwah mapan, Ustaz Drs Ahmad Dahri, berkata masjid menjadi lombong pahala besar bagi sesiapa yang menghargainya.



Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya." (HR Muslim).



Beliau menjelaskan: "Antara nikmat kurniaan Allah swt adalah peluang untuk meneruskan lagi kehidupan di tahun 2022. Hal ini bermakna, Allah swt masih membuka peluang untuk umat Islam merebut rahmat dan pintu-pintu syurga-Nya.



"Seperti yang diketahui, Masjid Al-Amin memerlukan dana untuk membaik pulih beberapa bahagian bangunannya yang telah usang. Peluang ini seakan-akan menjadi lombong untuk mengumpul pahala. Justeru itu, marilah sama-sama menggunakan lombong pahala untuk membangunkan rumah Allah swt.



"Apa yang penting bukanlah berapa jumlah yang diberikan, tetapi apa yang harus disumbangkan. Pada kesempatan ini, Masjid Al-Amin sangat mengalu-alukan kerjasama dan bantuan daripada masyarakat Islam di Singapura. Jika tidak berupaya membangunkan sebuah masjid, setidak-tidaknya berusahalah membina hanya tiang masjid. Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah swt,'' jelas Ustaz Drs Ahmad Dahri.



Menurut Ustaz Drs Mohd Noor Tijany pula, beliau yang sudah 40 tahun aktif dalam bidang keagamaan di Singapura, turut membacakan firman Allah swt dalam surah Al-Munaafiquun yang maksudnya:



"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (63:10)



Menerangkan firman Allah tersebut, Ustaz Drs Mohd Noor Tijany memberitahu: "Setiap insan yang bernyawa, pasti merasai sakaratul maut. Apabila roh sudah keluar daripada jasad, ertinya anda sudah mengakhiri kehidupan di dunia. Tetapi, situasi orang yang sedang nazak adalah berbeza-beza bagi setiap individu.



"Bagi orang yang lalai, maka gambaran nazaknya akan terkejang-kejang. Orang yang tidak peduli tentang zakat, sedekah atau wakaf semasa hayatnya, maka dia akan menyesalinya ketika nazak. Bagaimanapun, penyesalan itu tiada guna lagi kerana Allah swt tidak akan menangguhkan kematian seseorang setelah ajalnya sampai.



"Oleh itu, marilah berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dengan menyokong Projek Wakaf Masjid Al-Amin.



"Buat masa ini, Masjid Al-Amin sangat memerlukan dana untuk membaiki infrastuktur dan kemudahan masjid. Peluang ini tidak datang selalu. Maka, bersedekahlah sebelum Masjid Al-Amin menyempurnakan kerja-kerja peningkatan dalam tempoh terdekat.



"Jangan ketinggalan untuk merebut peluang ini agar kita tidak menyesal di kemudian hari," kata Ustaz Drs Mohd Noor Tijany.



Di samping itu, Pengerusi Lembaga Pentadbir Madjid Al-Amin, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, turut menyeru jemaah dan dermawan di Singapura untuk bersama-sama menyumbang kepada tabung peningkatan dan pembaikan seluruh parasarana Masjid Al-Amin yang akan bermula tidak lama lagi.



Beliau berkata: "Di samping mengimarahkan program, Masjid Al-Amin juga memohon kepada masyarakat Islam Singapura untuk bantu sebarkan maklumat mengenai Wakaf Iltizam kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang lain bagi menampung keperluan dana peningkatan masjid.



"Janganlah lepaskan peluang ini. Selain itu, boleh juga niatkan wakaf anda atas nama arwah ibu bapa dan keluarga tersayang kerana pahalanya akan sampai kepada mereka secara berterusan, Insya-Allah.



"Kami sentiasa memanjatkan doa buat semua jemaah dan dermawan dengan ucapan semoga anda sekeluarga sentiasa memperolehi keberkatan, kebahagian, rezeki yang luas dan kesihatan, selagi hayat dikandung badan serta kebaikan di dunia mahu pun akhirat, amin ya robbal a'lamin," tambah Encik Muhammad Khairul Jameel.



CARA MENYUMBANG



 – Derma boleh dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun semasa DBS  dengan nombor 012-009859-6 atau Paynow  UEN No: S91MQ0008B001.



– Orang ramai juga boleh menyampaikan  derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi  62725309.



– Sila lungsuri  https://alaminmosque.mimbar.sg/organization/ 168?p=infaq untuk menghulurkan infaq atau  wakaf anda ke Masjid Al-Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >