Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Keluaran Khas Maulidur Rasul SAW 1443H

Masjid bukan sahaja tempat ibadah bahkan pusat perluas ilmu

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU



SELAIN masyhur sebagai bulan kelahiran Nabi Muhammad saw, bulan Rabiulawal yang mulia ini juga diingati sebagai bulan penghijrahan Baginda saw dari bumi Makkah ke Madinah.



Sejarah perjalanan hidup Baginda menggambarkan secara jelas, betapa Baginda bersungguh-sungguh mengajar manusia sebagai makhluk yang berusaha mewujudkan hubungan baik kepada Allah.



Ia menunjukkan satu bentuk perhambaan melalui ketaatan dan kepatuhan abadi kepada Allah Sang Pencipta, sekali gus mewujudkan hubungan yang baik sesama makhluk dalam bentuk sosial kemasyarakatan.



HIJRAH RASULULLAH



Menceritakan peristiwa Hijrah yang dilalui Rasulullah saw, Imam Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Abdul Rahman Salam, berkata banyak perihal Hijrah yang boleh kita pelajari dari kisah itu.



"Hijrah merupakan perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain atau perpindahan dari suatu situasi dan keadaan, ke situasi dan keadaan yang lain.



"Hijrah Baginda saw bersama para sahabat merupakan perintah Allah swt yang memiliki seribu hikmah dan pengajaran.



"Terdapat tiga perkara utama yang dilakukan oleh Baginda saw ketika tiba di bumi Madinah dan ia sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat Madinah sehingga mereka hidup dalam aman sentosa, tenteram dan saling menghargai satu sama lain.



"Pertama, Baginda saw membina masjid bersama para sahabat dan menjadikannya sebagai tempat berkumpulnya umat Islam melaksanakan ibadah, juga sebagai pusat kegiatan ibadah sosial dan sebagainya.



"Kedua, Baginda saw mempersaudarakan antara sesama Muslim iaitu dua kelompok umat Islam di Madinah pada ketika itu, Muhajirin dan Ansar, atas tujuan memperkukuhkan perpaduan dan ukhuwah antara mereka.



JALIN HUBUNGAN BAIK WALAU LAIN AGAMA



"Seterusnya, Baginda menjalinkan hubungan baik dengan penduduk Madinah berlainan agama. Baginda saw membuat perjanjian damai bersama mereka agar dengannya wujud kesepakatan, demi kemaslahatan dan kesejahteraan umat," jelas Ustaz Abdul Rahman.



Bercakap tentang peranan masjid secara amnya, beliau berpendapat, masjid atau organisasi ini amat menitikberatkan maslahat umat, bukan hanya sebagai tempat untuk beribadah namun ia mempunyai dan memainkan peranan yang lebih besar lagi.



Selain itu, Masjid Alkaff Kampung Melayu juga mengalu-alukan sumbangan dan sokongan ramai bagi projek peningkatan yang bakal dijalankan.



"Secara umumnya, masjid adalah tempat untuk menunaikan ibadah, tetapi dalam usaha meluaskan ilmu pengetahuan, ia juga berfungsi sebagai pusat pengajian dan pendidikan Islam serta berperanan sebagai Baitulmal.



"Bahkan, ia bertepatan dengan perintah dan saranan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis, di mana terdapat penekanan tentang ibadah, muamalah, kemasyarakatan, ekonomi, hukum dan keadilan, serta hubungan sesama makhluk dari pelbagai latar belakang dan lain-lain.



"Berdasarkan sejarah, masjid dibina atas dasar takwa dan berperanan dalam menyatukan umat serta mementingkan maslahat dan kebajikan umat. Terakam dalam sejarah Islam, masjid pada zaman Baginda saw mahupun setelah kewafatan Baginda, banyak menyumbang kepada kebajikan umat.



KEMBANGKAN NILAI MURNI KEPADA MASYARAKAT



"Kita memainkan peranan penting dalam usaha memahami peranan masjid mengembangkan nilai-nilai murni kepada masyarakat.



"Antara perkara lain yang boleh kita usahakan bersama adalah dengan memberi sumbangan ikhlas tenaga, masa mahupun harta untuk memakmurkan rumah-rumah Allah, khususnya di Masjid Alkaff Kampung Melayu, yang akan menjalani proses pembaikan dalam menyediakan kemudahan bagi para jemaah," katanya lagi.



Dengan itu, Masjid Alkaff Kampung Melayu memohon sumbangan daripada masyarakat Islam setempat bagi melancarkan proses peningkatan masjid. Dana ini diperlukan untuk meningkatkan prasarana dan keselesaan jemaah masjid di sini, sekali gus menyediakan keperluan norma baru pasca Covid-19.




"Kita juga memainkan peranan penting dalam usaha memahami peranan masjid mengembangkan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Antara perkara lain yang boleh kita usahakan bersama adalah dengan memberi sumbangan ikhlas tenaga, masa mahupun harta untuk memakmurkan rumah-rumah Allah, khususnya di Masjid Alkaff Kampung Melayu, yang akan menjalani proses pembaikan dalam menyediakan kemudahan bagi para jemaah.''
- Ustaz Abdul Rahman Salam (atas), imam Masjid Alkaff Kampung Melayu.




CARA MENYUMBANG



Pemindahan bank - OCBC: 581-608668-001 Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Add reference no." atau "Bill Reference No." dan e-mel tangkap skrin transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg



  • Cek kepada:

LPM ALKAFF KG MELAYU.



Sila nyatakan "Dana Peningkatan", nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan kirimkan kepada, Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.



  • Paynow UEN S94MQ0017D.

Sila nyatakan "Dana Peningkatan" di bahagian "Bill Reference No."



  • Langsung ke Pejabat Masjid dari pSabtu hingga Khamis: 2 hingga 6 petang.

Sila hubungi kami di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >