Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Buku amal untuk dana peningkatan masjid

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



DEMI mengumpul dana untuk peningkatan Masjid Darul Makmur yang bakal bermula pada hujung tahun ini, warga kerja masjid sedang giat menganjurkan beberapa acara untuk mencapai sasaran dana yang diperlukan bagi projek peningkatan tersebut.



Mengulas mengenai perkara ini, Encik Izuan M Rais, pengerusi Masjid Darul Makmur, berkata:



"Kami masih giat menjalankan usaha mengumpul dana dan mengalu-alukan sumbangan derma dari segenap lapisan masyarakat.



"Buku ini merupakan antara salah satu usaha kami untuk mencapai matlamat ini. Mudah-mudahan dengan menderma sambil mendapatkan buku ini, para pembaca memperolehi manfaat daripada isi kandungannya."



Sebelum ini pihak masjid telah menjalankan beberapa projek pengumpulan dana seperti penjualan kad EZ-Link, kitab Al Quran Waqf Ibtida dan kurma mmal.



Memandangkan bilangan jemaah yang hadir ke masjid amat terhad, pihak masjid masih belum mencapai setengah daripada sasaran pengumpulan dana bagi kos projek peningkatan.



Oleh itu, pada Rabu lalu pihak masjid telah melancarkan jualan buku amal yang ditulis oleh mantan Mufti Singapura, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram.



Pengajian sesi kuliah tafsir yang disampaikan oleh Ustaz Mohamed Fatris yang bertemakan 'Kisah-Kisah di Dalam Al-Quran', telah diadakan secara mingguan di Masjid Darul Makmur bermula dari awal 2014.



Pada tahun lalu sewaktu penutupan masjid, kuliah tersebut telah diadakan secara dalam talian.



Kuliah tersebut telah menarik jumlah penyertaan jemaah yang ramai setiap minggu.



Ini termasuk mereka yang mengikutinya secara langsung melalui siaran media sosial yang disediakan oleh pihak Masjid Darul Makmur sejak ia mula dianjurkan.



Setiap minggu kelihatan seramai 800 hingga 900 penonton menyaksikan siaran langsung tersebut, termasuk mereka yang menonton dari luar negara.



Lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fatris, banyak maklum balas positif yang diterima beliau daripada mereka yang mengikuti pengajian kuliah tersebut.



Beberapa pihak pula telah mencadangkan agar kuliah itu diterbitkan dalam bentuk penulisan agar dapat dikekalkan dan diperluas manfaatnya.



Ustaz Fatris berkata: "Saranan ini telah saya fikirkan, dan saya akur bahawa terdapat kebaikannya jika kuliah tersebut dapat disadur ke dalam format penulisan buku.



Setelah mempertimbang buah fikiran serta saranan tersebut, saya memutuskan untuk cuba mengolah salah satu daripada siri kuliah tafsir berkenaan menjadi sebuah buku, iaitu tafsir surah Yusuf. Maka terlahirlah buku yang bertajuk 'Saat Cakerawala Bersujud'."



Beliau turut menjelaskan bahawa kuliah tafsir yang diadakan di Masjid Darul Makmur disasarkan kepada masyarakat umum, maka buku tersebut juga diolah untuk menjadi bacaan umum.



Untuk itu beliau cuba menulisnya dengan gaya bahasa yang diharapkan dapat membantu mengekalkan minat pembaca untuk terus mengikuti perjalanan hidup Nabi Yusuf dari awal buku ini hingga ke akhirnya.



Buku ini bukan 100 peratus kitab tafsir Al-Quran yang ditulis mengikut format ilmu tafsir klasik.



Namun, masih ada elemen-elemen penulisan tafsir yang disesuaikan yang bertujuan untuk memesrakan masyarakat umum dengan bidang ilmu tafsir Al-Quran berdasarkan Surah Yusuf.



Harapan beliau ialah agar buku ini mampu menganjakkan persepsi pembaca-pembacanya terhadap Nabi Yusuf, daripada seorang idola yang dikagumi ketampanan wajahnya, kepada seorang tokoh yang dicemburui akhlaknya, dan mahu diteladani contoh katabahan jiwanya.



Ustaz Fatris juga berkongsi: "Saya mengharapkan sokongan padu seluruh masyarakat untuk terus menyokong masjid-masjid di Singapura secara umumnya, dan Masjid Darul Makmur khasnya dengan projek Dana Peningkatan Masjid yang sedang diusahakan.



"Saya yakin, matlamat yang ditetapkan pihak Masjid Darul Makmur untuk mengumpulkan sebanyak suku juta dolar melalui projek buku 'Saat Cakerawala Bersujud' ini akan dapat dicapai, dengan izin Allah, dan dengan berkat kemurahan hati para anggota masyarakat Islam kita."




"Saya mengharapkan sokongan padu seluruh masyarakat untuk terus menyokong masjid-masjid di Singapura secara umumnya, dan Masjid Darul Makmur khasnya dengan projek Dana Peningkatan Masjid yang sedang diusahakan.



Saya yakin, matlamat yang ditetapkan pihak Masjid Darul Makmur untuk mengumpulkan sebanyak suku juta dolar melalui projek buku 'Saat Cakerawala Bersujud' ini akan dapat dicapai, dengan izin Allah, dan dengan berkat kemurahan hati para anggota masyarakat Islam kita."
- Ustaz Mohamed Fatris Bakaram




BAGAIMANA DAPATKAN BUKU



Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku 'Saat Cakerawala Bersujud' boleh mendapatkannya di kaunter Masjid Darul Makmur bermula pada Khamis, 6 Mei 2021.



Anda boleh membuat tempahan awal atau 'Pre-Order' yang telah dibuka di lelaman: https://campaigns.darulmakmur.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >