Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

'Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



MASJID Darul Makmur bekerjasama dengan rakan kongsi dan kumpulan berkepentingan di kawasan Yishun dan berharap semarakkan sifat ihsan di kalangan penduduk Melayu/Islam dan juga penduduk bangsa lain.



Walaupun masjid itu perlukan dana bagi projek peningkatan bangunannya, ini tidak menghalang masjid itu dari terus memberi sokongan dan menghulurkan bantuan dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik.



Pada waktu yang tidak menentu dek Covid-19 ini, pihak masjid masih juga meneruskan usaha mendekati masyarakat dengan mengirimkan 'Hotmeals' atau hidangan hangat kepada penduduk di beberapa blok sewa di kejiranan Yishun.



Sebanyak 600 bungkusan diagihkan kepada penduduk flat sewa di kejiranan Yishun pada Ahad setiap minggu ketiga dan turut disertai sukarelawan masjid, Jawatankuasa MAEC Nee Soon East, MAEC Chong Pang dan Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA).



Selain itu, Masjid Darul Makmur turut menyokong usaha Kelab Masyarakat Chong Pang dan pertubuhan Free Food For All (FFFA) dalam projek peti ais masyarakat atau "Community Fridge" di Blok 162, Yishun Ring Road.



Ini merupakan satu usaha untuk "berkongsi rezeki" dengan para penduduk di Yishun yang memerlukan.



Pihak masjid berharap usaha yang baik ini dapat diteruskan dengan sokongan dan sumbangan dari masyarakat dan penderma setempat.



Dalam pada itu Masjid Darul Makmur sedang mempergiat usaha mengumpul dana untuk peningkatan masjid, dengan menganjurkan beberapa acara bagi mencapai sasaran dana yang diperlukan bagi projek peningkatan tersebut.



Mengulas mengenai perkara ini, Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, berkata sambutan yang diterima masjid sejauh ini amat memberangsangkan, namun pihak masjid masih memerlukan banyak dana bagi menampung keperluan peningkatan yang bakal dilakukan.



"Kami masih giat menjalankan usaha mengumpul dana dan dan mengalu-alukan derma dan sumbangan dari segenap lapisan masyarakat," jelas Ustaz Ruhaizan.



Masjid Darul Makmur yang dibina pada 1987, perlu melakukan kerja-kerja peningkatan agar ia dapat menerima lebih ramai lagi jemaah.



Apabila kerja pembaikan siap kelak ia dapat memberi keselesaan kepada para jemaah yang semakin bertambah. Ini kerana banyak flat-flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga yang sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan Canberra.



Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, matlamat masjid adalah untuk mencapai $10 juta, bagi kos peningkatan ini.



"Usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini belum lagi mencapai setengah daripada sasaran jumlah dana $10 juta yang diperlukan, dan kami masih mengharapkan sumbangan derma dari masyarakat untuk mengumpul baki kos peningkatan tersebut," ujar Encik Izuan.



Antara fokus utama sewaktu peningkatan ini ialah menambah ruang dewan solat bagi keselesaan jemaah dan membina dewan serbaguna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan acara dan program.



Bilik-bilik darjah untuk kegunaan madrasah aLIVE di Masjid Darul Makmur juga akan ditambah sehingga 12 buah bilik daripada hanya 7 sekarang.



Ini akan dapat menampung lebih ramai pelajar madrasah mingguan yang jumlah penyertaan kian meningkat.



Buat masa ini, terdapat lebih daripada 1,000 pelajar yang mengikuti program aLIVE secara sambilan di Masjid Darul Makmur.



"Sempena bulan Maulid Rabiulawal ini, kami berharap agar masyarakat dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula tidak lama lagi," tambah Encik Izuan lagi.




CARA MENDERMA



Sumbangan derma bagi Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dibuat melalui cara berikut:



PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Ref: Wakaf);



Bank Transfer ke Akaun: OCBC Current 581-652138001 (Ref: Ramadan);



'Scan & Pay' pada aplikasi iBanking anda;



Sumbangan melalui No 1-3, sila hantar screenshot transaksi, nama dan emel anda ke



WhatsApp 9789 4148



Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' & dihantar melalui pos ke: 950 Yishun Avenue 2, Singapore 769099



Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapore 769099 (pada waktu pejabat)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >