Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Mesra masyarakat demi tabur ihsan kepada insan

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



LAUNGAN azan yang memecah kesunyian berkumandang pada waktu subuh sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beriadah awal pagi di kawasan Yishun Park.



Malah, setelah selesai bersenam, kelihatan juga ada yang menggunakan pendingin air yang disediakan di pintu kawasan masuk Masjid Darul Makmur untuk diminum dan mengisi botol air setelah selesai bersenam.



Ini adalah antara ciri mesra masyarakat yang disediakan oleh masjid demi menabur ihsan kepada semua.



Masjid yang sedang mengumpul dana untuk kerja peningkatan bermula tahun ini, mengharapkan sokongan dan juga sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses berjalan dengan lancar apabila ia bermula kelak.



Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, berkata:



"Setakat ini, kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat. Usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini perlu dipertingkat lagi agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai."



Masjid Darul Makmur yang sudah dibangunkan selama 34 tahun, perlu melakukan kerja peningkatan agar ia dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah.



Ini lebih utama lagi kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun.



Antara peralatan yang perlu diperbaiki pihak masjid ialah peralatan sistem Audio Visual.



Sistem ini menjadi salah satu alat yang penting di masjid, terutama sekali pada waktu solat, kuliah agama dan kegiatan lain.



Penggunaan alat audio seperti pembesar suara, mikrofon dan skrin monitor pada setiap hari sepanjang tahun telah menyebabkan beberapa kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan.



Isu pendawaian dan pembesar suara yang tidak jelas untuk mendengar apa yang disampaikan semasa kuliah juga sering berlaku.



Jemaah yang hadir ke majlis-majlis juga tidak dapat menghayati apa yang disampaikan oleh asatizah dan ia mengganggu tumpuan mereka semasa solat, khususnya ketika mendengar bacaan imam.



Oleh itu, alat audio akan diganti dengan sistem yang lebih canggih dan bermutu supaya jemaah dapat menghayati dan berasa khusyuk semasa majlis sedang jalankan.



Pihak masjid juga telah memulakan usaha memberi peluang kepada golongan pekak dan bisu untuk mengikuti program pembelajaran Islam dalam talian dengan mengadakan penterjemah dalam bahasa isyarat.



Usaha ini telah dilakukan sejak dua tahun lalu dan pihak masjid mendapat maklum balas yang baik oleh golongan ini yang menyatakan mereka amat menghargai usaha masjid dan berharap usaha yang sama juga dapat dikendalikan untuk program lain.



Demi menyahut seruan ini, Masjid Darul Makmur ingin menceburi khidmat memberikan peluang agar mereka yang pekak dan bisu dapat meraih faedah daripada apa yang disampaikan.



"Sewaktu peningkatan nanti, pihak masjid akan berusaha memasang alat audio dan visual serta memberi ruang khas untuk golongan ini mengikuti program pembelajaran Islam yang disampaikan di masjid," ujar Encik Izuan.



Dengan adanya sistem visual yang baik juga, pihak masjid merancang menyiapkan skrin terjemahan khutbah Jumaat kepada bahasa lain agar mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dapat bersama-sama menghayati kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap minggu.



"Dengan ketibaan bulan Syaaban dan Ramadan yang penuh dengan barakah, kami berharap masyarakat dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula pada tahun ini," kata Encik Izuan.




"Sewaktu peningkatan nanti, pihak masjid akan berusaha memasang alat audio dan visual serta memberi ruang khas untuk golongan ini mengikuti program pembelajaran Islam yang disampaikan di masjid."

"Dengan ketibaan bulan Syaaban dan Ramadan yang penuh dengan barakah, kami berharap masyarakat dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula pada tahun ini."

- Encik Izuan Mohd Rais, Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >