Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Malabar cari dana bina ruang tambahan

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



SEJARAH pembangunan di Masjid Malabar dapat diceritakan melalui kekukuhan monumen yang masih berdiri hingga ke hari ini.



Oleh itu, pengekalan dan penambahbaikan bangunan ini menjadi satu khazanah yang penting buat penduduk Islam di Singapura.



Bagi terus memelihara masjid ini untuk generasi yang akan datang, Masjid Malabar memberi fokus kepada kerja-kerja naik taraf untuk mewujudkan ruang tambahan di sekitarnya.



Menurut Pengerusi Masjid Malabar, Haji Osman Abdullah:



"Penyediaan spesifikasi tambahan ini bakal memanfaatkan para jemaah yang akan menikmati beberapa kemudahan dalam suasana yang lebih baru. Perubahan ini termasuklah tempat solat, bilik darjah, dewan serbaguna dan ruang pejabat.



"Memandangkan masjid masih lagi ditutup, maka segala program masjid tidak dapat dilangsungkan secara bersemuka.



"Bagaimanapun, Masjid Malabar bersedia menyambut baik usaha untuk menggunakan teknologi digital secara maksimum.



"Kelajuan akses Internet menjadi satu kelebihan buat warga Islam Singapura untuk terus mencari pengisian rohani melalui laman sosial.



"Jadi, aktiviti-aktiviti seperti kuliah agama, tahlil dan majlis zikir untuk masjid ini diadakan secara dalam talian sahaja.



"Buat masa sekarang, masyarakat sangat memahami tentang situasi wabak Covid-19 yang perlu diperangi dengan bersungguh-sungguh agar ia tidak merebak ke dalam komuniti setempat.



"Oleh itu, mereka menerima baik usaha masjid untuk terus mengadakan aktiviti secara dalam talian demi menjaga keselamatan para jemaah dalam waktu pandemik.



"Masjid turut mengharapkan sokongan masyarakat Islam agar menghulurkan derma dan sumbangan berterusan. Usaha mencukupkan dana yang masih berkurangan ini sangat penting untuk proses penambahbaikan yang melibatkan beberapa bahagian dan struktur bangunan masjid.



"Semoga kerja-kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual agar para jemaah dapat beribadah dengan selesa dan aman."




Jika anda berminat untuk menyumbang, sila lakukan pemindahan wang ke akaun Masjid Malabar, menerusi nombor akaun 581-227204-001 (OCBC).



Penggunaan aplikasi PayNow: UEN S29MQ0053L atau kod SGQR Masjid Malabar turut disediakan untuk urusan derma.



Bagi memberi sumbangan wang tunai secara langsung, anda boleh hubungi Imam Shafeeque atau Imam Ismail di talian 62943862.



Sumbangan melalui cek, pesanan pos atau draf bank juga boleh dihantar kepada alamat berikut iaitu Masjid Malabar, 471 Victoria Street S (198370).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >