Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID MALABAR

Masih kekurangan $1.5j

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



SUSULAN situasi ekonomi yang kurang menentu pada hari ini, Masjid Malabar turut menghadapi cabaran untuk memperkasakan kedudukan masjid sebagai pusat perkembangan masyarakat.



Pengerusi Masjid Malabar, Encik Osman Abdullah mendedahkan cabaran paling utama buat masa ini adalah berkenaan usaha untuk mengumpulkan dana.



Menurutnya memandangkan arahan penangguhan aktiviti masjid masih lagi berlangsung, jadi masyarakat Islam tidak dapat hadir ke masjid untuk menderma sambil beribadah di masjid.



Namun begitu, pihak masjid masih yakin bahawa masyarakat Islam akan terus membantu untuk menjayakan hasrat pengumpulan sumbangan ikhlas daripada orang ramai dengan cara-cara yang efisien.



"Sepanjang tempoh wabak ini juga, masyarakat Islam terpaksa mengubah rutin harian apabila program bersemuka dihentikan buat sementara waktu.



"Kaedah pembelajaran dan pengajaran juga dilihat melalui beberapa fasa perubahan.



"Apa yang perhatikan, komunikasi dalam dunia hari ini memerlukan kebergantungan kepada media elektronik. Tetapi, masjid tidak kekok untuk menyediakan platform terbaik buat para jemaah yang mengharapkan pendidikan Islam. Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti kuliah agama, tahlil dan majlis zikir untuk masjid akan terus dianjurkan secara dalam talian.



"Anggaplah pembelajaran dalam talian ini sebagai satu norma baharu yang perlu ditukar menjadi kebiasaan.



"Walaupun tugasan ini agak mencabar, tetapi pihak masjid bersedia untuk menerokai aktiviti dalam situasi yang berbeza demi keperluan para jemaah," ujar Encik Osman.



Berkongsi mengenai kemajuan naik taraf masjid, Encik Osman Abdullah berkata setakat ini, kerja-kerja asas seperti memasang tiang, kerja-kerja meroboh tembok, tandas dan sistem perancah telah pun dijalankan.



"Oleh itu, pihak masjid memohon kepada masyarakat Islam untuk terus bekerjasama dalam mencukupkan dana yang masih berkurangan sebanyak $1.5 juta.



"Peruntukan sumbangan ini akan melancarkan kerja-kerja naik taraf agar ia dapat disiapkan mengikut jadual untuk jemaah melakukan ibadah secara selesa dan aman."




SUMBANGAN ANDA DIHARGAI



  • Bagi sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan wang tunai secara langsung, anda boleh hubungi Imam Shafeeque atau Imam Ismail di talian 62943862.

  • Sila lakukan pemindahan wang ke akaun Masjid Malabar, menerusi nombor akaun 581-227204-001 (OCBC).

  • Guna aplikasi PayNow: UEN S29MQ0053L

  • atau kod SGQR Masjid Malabar untuk menderma dengan cara yang lebih cepat dan mudah.

  • Sumbangan melalui cek, pesanan pos atau draf bank juga boleh dihantar kepada alamat berikut iaitu Masjid Malabar, 471 Victoria Street S (198370).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >